About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, May 7, 2015

Cinta tak semestinya bersatu namun kasih tetap berakar dalam hati selamanya



Tolong jaga lah diri nya buat diri ku
jangan biar luka lagi hati nya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua kasih dan cinta
akan ku pendam kan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula..


Semalam, aku dengan gigihnya menonton Pilot Café. Novel tulisan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman, diterbitkan tahun 1999.  Dan malam sebelumnya aku terjumpa novel y terus aku repeat baca. Masa membaca novel ni, aku perasan, ada disebut yang binaan cafenya ada ekor ketebang langgar masuk bangunan. Kalau ada omputih perasan, pastinya kes 9/11 dikait terus pada kedua penulis ni. 

Minggu sebelumnya aku dah mmg nak menonton, masa terperasan movie ni nk keluar. Target aku, Pilot Café & Suami Aku Ustaz. Sebab? Remy Ishak, Adi Putra dan Nora Danish. Dan aku mati2 ingatkan Ameer dilakonkan oleh Aaron Aziz. Wallahualam…. Aku langsung x terperasan wujudnya FA, sampailah aku lalu depan cinema otw ke gym petang tu. Terkedu gak, sebab FA tgh panas ngan kes nak kawen sabtu nanti.

First of all, FA mmg banyak aksi memeluk pelakon wanita dalam movie ni.

Antara yang paling teringat, Sharmila warn Ameer tentang wang y tak akan boleh beli cinta dan what goes around comes around dan slang Kapten y sedap. Tak ramai pelakon kita y punyai slang sesedap itu. Juga, jumlah wang y Ameer bagi pada Sharmila saat perpisahan. Masa scene pertama, diberi 10K pada gfnya. Then disebabkan Sharmila y paling disayanginya, jumlah y diberi adalah jumlah yang paling besar, 20K. I was expecting 100K. I burst into laughter, really… but jumlahnya realistic berbanding drama tv zaman sekarang y main level juta2.

Tersuratnya memang kisah yang sedih….. Dan tersiratnya lebih memedihkan jiwa. 

Saat Ameer dimaki hamun oleh ibunya sendiri, aku bagai terbayang2 cacian yang sama ditujukan pada aku. Terutamanya bila disebut ‘pedih perut mak mengandungkan kau’. Jujur, andai disebut depan muka aku, boleh hilang iman yang memang sedia rapuh dalam jiwa ni.

Maya dihadirkan dalam hidup Ameer yang telah insaf akibat kematian sahabatnya dan bagi aku, tidak keterlaluan andai aku sebutkan sebagai penebusan dosa lama. Kasih sayang Maya pada Rashid yang tetap utuh walau Ameer sebenarnya memang baik dan lebih menjanjikan kesenangan dan kelihatan mempunyai masa depan yang lebih cerah. Tidak memandang kebendaan dan mungkinkah memang cinta sejati itu yang dimaksudkan? X pernah sekali Maya membenci atau mencaci Rashid.

Maya dan Amirul, Sharmila dan Ameer jr., anak pada ibu yang pernah tersasar jalannya, diberi peluang kedua oleh insan2 asing y tidak mementingkan diri atau punya niat tersembunyi. Namun soal hati memang sangat rumit. Kadang kita perlu redha akan perpisahan, namun semestinya, walau tak bersatu perasaan itu tetap wujud dalam jiwa kita. 

Masih ada manusia y baik di dunia y kotor dan penuh noda. Ada syaitan y bertopengkan manusia dan menyudsahkan insan y memang sedia susah. Hati dan jiwa yang tersilap andai dibimbing denagn baik, boleh berubah, tiada y mustahil.

Percaya pada kebaikan, sebarkan kebaikan.

Dalam hidup, tak semua benda kita perlu terus terang, andai ianya melukakan yang lain.
Jaga aib, jangan sampai aib kita di jaja.


Peminat FA barangkali sedang kecewa saat ini dengan berita pernikahannya, tapi kalau kita ada rasa sebak yang terpendam, sesuai sangat menonton filem ni sebab boleh keluarkan airmata yang tersekat tu. Bersih sikit mata….

Pembawaan emosi yang sarat sepanjang cerita memang blh tangkap leleh.... sesapa hati tisu, maybe blh bawa tisu kot. dan Izara Aisyah sangat cantik walau menangis je kejenya. Actually, scene airmata memang dominan la....


go ahead, book your ticket. insyaallah aku repeat.


2 comments:

D said...

Oh, so kena tengok la ni? *LIKE*

zonaku said...

kak D, boleh ditengok kak..... kalau sekadar cuci mata pun ok, sebab lawa pelakonnya walau nanges je

Followers