About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, April 30, 2015

Decision Made, Decision Done!!!

Hari Selasa lepas, Aku ke bank untuk urusan. Biasanya aku ialah pengguna perbankan electronic dan pengguna mesin yang setia.

Sebab, bila kena angin bisu, aku tidak akan secara sukarela bersuara. Dan ditakdirkan, Selasa lepas adalah hari kedekut suara, bukan hari bisu.

Dengan masa yang terhad, aku selesaikan urusan tanpa banyak bersuara. Ayat y aku utarakan hanyalah,
1. minta tiket dan pen (lupa bawa handbag, maka tiada pen, hanya purse & phone)
2. komen ketidaksesuaian susun atur bank, ko expect mak aku panjat tangga kah? kalau org y sakit lutut? Rugi saja renovation money.*sigh*
3. minta slip transaksi
4. minta borang feedback

See... kedekutkan.

Dan disebabkan itulah, aku balik ke pejabat, lepas makan, dah solat baru aku teringat kejadian di bank masa aku berurusniaga.

Mula2, aku rasa aku sangat fussy. Tapi aku fikir secara positif, bukan aku berniat merosakkan periuk nasi orang ataupun cari gaduh atau sekadar susahkan orang, aku cuma tak mahu benda lebih serius berlaku. Prevention action is needed.

Dan aku pun mengarang, dan mengarang, dan mengarang.

Aku isi di saluran feedback dan juga aku kopipes kan lalu aku email i.e langkah escalation dengan ayat2 yang aku tambah dan baiki.

Penutup kata, aku mohon pihak bank mohon maaf secara rasmi dan bukti tindakan yang diambil.

& I LEAVE IT AT THAT.

Tetiba, pagi tadi aku terima panggilan dari nombor 03-**** ****.

 Pihak bank rupanya yang menelefon. Kata pegawainya, aduan yang aku buat is a very serious matter. AKU TERKEDU. Walau marah, aku tidak mengharap staff itu dibuang kerja atau tindakan disiplin yang keras. Aku lebih kepada dia diberi amaran atau teguran supaya lebih acknowlegde pelanggan di depannya. Pengajaran pada rakan sekerjanya juga.

Dan kes ini andai disiasat dan dilaporkan, sebenarnya sampai ke tahap di kenakan denda di bawah akta perbankan kalau x salah dengar tadi.

What have I done? Semoga ini pengajaran pada semua yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan, pengendali data dan yang berkaitan.

Benda tertukar borang/dokumen bukanlah masalah besar bila serta merta diperbetulkan, tapi bila diadukan pada pihak majikan, kesannya bukan sedikit. Dan, tanpa dapat di elak, pasti ada yang menerima akibat. Terpulang pada kita untuk menerimanya dengan perspektif yang mana. Sebagai wake up call atau sebagai hukuman yang menzalimi kita.

Aku terima sebagai wake up call aku. Apa jua tindakan aku ambil, ada kesan pada individu lain. Walaupun aku adalah mangsa juga.

Dan aku berharap sangat, semua pihak tidak ambil ringan urusan yang 'SULIT DAN PERSENDIRIAN'.

Sebelum ini, mak aku pun ada kes, tapi disebabkan mak aku mangsanya, dan bro2 wakil mak aku masa itu, perkara itu tidak diadukan, cuma ada saksi lain yang nampak. Mungkin tindakan tetap diambil, cumanya, nilai wang yang terlibat selamat.

Mak kata, mana tahu, dia barangkali ibu tunggal, dan tidak akan mampu mengganti duit yang terlibat dalam kesilapannya itu. Cuma mak minta dia lebih berhati2 agar tidak berulang. Dua cawangan bank yang berbeza, tapi institusi yang sama.

.... hati x tenang.....


No comments:

Followers