About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, April 9, 2015

Disclaimer : Ini pengalaman y aku lalui 100% personal opinion

It's been a loooong time.
Masih adakah yang setia menjengah ke sini?

Jujurnya, aku sendiri dah jarang buka blog, lebih banyak di muka*buku dan i*nsta. X seronok pun kat sana, but atas faktor masa, platform berdua itu lebih mudah.

Sekarang, selepas 6 minggu selesai sesi perjuangan 6 minggu, penurunan nombor tetap tidak ketara, perubahan bentuk fizikal dan tahap kecergasan adalah lebih baik. Masalah kecederaan berkurangan tapi masih dalam fasa pemulihan. Aku tidak menadaptkan rawatan profesional, sebabnya, aku x tau nk cakap apa pada perawat. Masa sendi kaki aku bengkak y kena sepak main futsal dan dipijak oleh Qaseh esoknya pun, dia sekadar melihat, then try goyang ibu jari. Itu saja, dan katanya x patah. That was all. Sebab semuanya tidak menyebabkan aku terlantar sakit, I let it be. Badminton for one mmg x blh main, sebab siku aku sakit, Weightlifting pun x blh nk buat sangat. Lutut is the best, rasa cam x ada apa dah, tapi kalau aku nk request for MRI as per trainer punya recommendation, another challenge for me, aku nk kata lagu mana kat doktor? Aku blh jalan, blh jog, blh naik tangga, bila aku positioning sendi arah y x menyakitkan. Dah tu cemana?

All in all, I found a very good team to workout even ada part y aku kurang gemar. Normal la kan, manusia, ada la ketidaksempurnaan di sana sini. Y penting kita fokus pada persamaan matlamat. Sesetengah perkara kita pejam mata sebelah sudah la.

OK.

Aku x suka bicara pasal GST.

Yang aku nk sebut (setelah panjang berjela menaip), ialah pasal guru KAFA menangis mengenai kenaikan gaji/elaun baru2 ni. Aku tertengok kat berita. Ikhlas dr lubuk hati yang dalam, guru itu telah memalukan aku sebagai seorang yang beragama Islam. Ya, sebenarnya dia menuntut janji manis yang ditabur ahli politik (lenkali, lihat siapa yang berjanji.... jangan sebarangan bersetuju dan andai telah bersetuju, mesti menerima hasilnya. Bukan persoalan janji mesti ditunaikan, sebab berapa ramai manusia yang mengotakan janji zaman sekarang ni?).

Juga sebagai umat Islam di Malaysia, aku seringkali makan hati bila mengenangkan pengurusan zakat. Proses kutip zakat kemain lagi ustaz2 (generally, pakai songkok, keja ngan hal ehwal agama aku gelar ustaz) siap buka meja di shopping mall time bulan puasa (Alhamdulillah, mudah aku nk bayar zakat fitrah), tapi bila ada yang memerlukan bantuan zakat, sila isi borang setebal seinci, support document, cop JKKK la, sokongan penghulu, ketua kampung, orang sana orang sini yang prosesnya menyebabkan, maaf cakap, aku give up! dan kosnya adalah kadangkala melebihi sebulan bantuan yang bakal diterima selepas berbulan2 proses kelulusannya.

Para imam, guru yang betul2 beriman dan mengamalkan agama Islam, kadangkala amat menyedihkan, looks pathetic to be frank (astaghfirullah). Mana orang kaya Islam, mana pergi sedekah yang sentiasa (aku yakin) diberi oleh umat? Sampai kena merayu sebegitu sekali Ustaz Ekhsan? Malu tau! Antara yang aku terdengar dari mulut dia masa rakaman tu, katanya, guru agama sampai kerja part time sebagai cleaner! Hinakah kerja cleaner? Ajar agama rumah ke rumah mencari duit. Rupanya, mengajar agama sebab itu. Aku kecik hati mendengar itu. Sungguh!

Sebab apa?

Sebab aku, pernah bekerja di syarikat perkhidmatan swasta, sekali berjumpa aku, bicaranya jumlah bayaran beribu2 saja, sebab tugasan aku mengambil bayaran. Dan tahu tak, dengan pengalaman dan pengetahuan aku mengenai orang2 agama, aku jadi amat terpegun. Seorang sami budha, datang di hantar pemandu dari kuil, (wallahualam digaji oleh kuil atau oleh penyumbang perseorangan), kes pelajar dibawah jagaanya kurang sihat dan memerlukan rawatan. Jujur aku bimbang bila perlu handle kes berkenaan. Tahu tak apa yang dihulurnya?

Kad kredit platinum dan jumlah bayaran dibayar tanpa ragu.

Usai berurusan, dia mohon pada aku untuk memanggil pemandunya datang mengambil sebab dia perlu pulang ke kuil untuk memaklumkan perkembangan pada yang lain dan menguruskan pakaian dan barang peribadi. Bukan sebab dia tiada telefon bimbit, tapi sebab kehabisan bateri (phone dia mmg lebih mahal dari aku masa tu).

Kemudian, CEO mencari dan bertanyakan kes itu yang rupanya, mereka adalah anak angkat syarikat dan perkhidmatan adalah percuma untuk mereka. Bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan ikut proses sedia ada.

Aku ingin berjumpa dengan mana2 istaz/ustazah/imam dari tahfiz/rumah anak yatim yang melakukan sedemikian.

Faham apa yang aku bebelkan? Cara hidup Islam yang diamalkan dengan lebih baik oleh penganut agama lain.

##maaf kalau ada y btidak sependapat dengan aku##

2 comments:

HEMY said...

pergh....hebat kan org kaya depa. tu la masalahnya org kita ni


ok takpe zona..roti canai ko aku bayar

zonaku said...

alhamdulillah... mog makin bertambah rezeki ko... nanti tiap kali bila aku nk mkn, aku gtau ya

Followers