About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, October 2, 2014

Manusia...

Orang selalu sebut,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

Tapi pengalaman sendiri, manusia mati, meninggalkan seluruh keluarga kesayangan. Hanya jasa dan kesalahan bakal di kenang orang.

Kenyataan. Segunung jasa akan dilupakan kerana nafsu dan iri hati.
Sehinggakan manusia yang tidak pernah mengenali peribadi secara dekat mampu dengan yakin menulis fitnah ke atas orang lain. Hanya bertunjangkan nilai atas helaian kertas. Yang dikenali sebagai d.u.i.t.

Ya.. Demi sejenis nilaian ke atas kertas yang digunakan untuk urusan perdagangan itu, manusia dengan yakin mengaibkan insan lain yang tidak dikenalinya. Hebat sebenarnya penangan kertas itu.

Sebagai seorang manusia juga, pesanku, biar apa jua jasa kita, jangan sesekali kita lupa, fitnah manusia akhir zaman sangat membinasakan. Hak si yatim yang sesukanya dihenyak, semoga dibalas Allah dari dunia sampai akhirat.

kita adalah apa yang kita nampak

3 comments:

Dr K said...

Betul, setuju.
Segala kebaikan yg ditabur semasa hayat, hilang begitu sahaja dek kerana 1 -2 kesalahan yang di besar besarkan..Moga kita terselamat dari benda sebegini.

zonaku said...

Yup DZ. insyaallah kita sentiasa berdoa y sedemikian, tapi kadangkala Allah nk uji.....

bukan kesalahan pun, sekadar kurang faham minda & emosi makhluk berjenis manusia.

azieazah said...

Kita manusia. Fitrahnya kita ni sering lemah dan lalai. Ujian dan dugaan sepatutnya mematangkan.. tapi bila kita tewas segala yg baik tidak lagi dapat membantu membersihkan nama dan harta...

Followers