About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, October 21, 2014

Dunia...

dengan macam2 isu zaman sekarang ni, aku teringat satu petikan nasyid zaman sekolah.

".....di akhir zaman yang paling dasyat jahat
ulama yang memandang dunia
tabiatnya busuk bak bau bangkai
siapa tercium kan mati jiwanya...."

aku masa tu memang terpikir, cemana lah manusia yang di gelar ulama ni. dan bagaimana pula yang dikatakan dengan ulama yang memandang dunia? yang menakutkan pastilah yang terakhir itu, tercium saja sudah mampu mematikan jiwa... bagaimana andai kita berdamping dan terlibat secara langsung?  nauzubillah...

itu pendapat zaman anak2... usia belasan yang rancak meneroka dunia...
Tapi pendapat itu, kini boleh dikaji untuk zaman sekarang. 

Ramai yang bercakap, sampaikan aku sudah celaru mengenali dan mengklasifikasi, mana ulama, mana ustaz/ustazah yang berilmu, mana sekadar belajar agama lebih tinggi tapi kurang mengamalkan? Mana pula yang kelihatannya moden dan trendy, tapi masih kuat agamanya. 

dan mana pula yang sebenarnya memang sekadar wira papan kekunci?

Kadang aku terasa nk amik mudah, sebab aku bukan orangnya y benar2 arif hal agama. 

Kalau dah kategorinya najis, ada 3, berat, ringan & sederhana. Semua boleh di cari maklumat mengguna hujung jari. Waima, dalam wikipedia yang sering diguna untuk rujukan juga ada hal ini. Urusan penapisan terpulang pada kita.

Najis berat : Anjing & Babi. 

Untuk y sejahil aku, rasanya ini simple & blh difahami. Ada langkah & penghuraiannya yang lebih detail. Dan untuk mengelakkan was2, syak wasangka, elakkan. SIMPLE as that. Rimas pulak jumpa sana sini di canang pasal samak (sekarang disebut sertu), sentuh kering apa semua. I am not going deep into that. Bukan la aku bila jumpa anjing nak menyepak, mendera dan sebagainya, tapi aku memang elak untuk sentuh or masuk ke rumah y membelanya. 

Pernah aku berdiri atas kerusi tengah2 rumah kenalan bila anjing peliharaannya terlepas dari bilik. Masa tu aku dah kehabisan alasan untuk menolak jemputan keluarga y baik hati ini, dan diorg memang tahu aku x berani ngan anjing. So, sepanjang aku di sana, si comel itu mmg di letak dalam bilik. Dalam suasana x dpt elak, bertabahlah, tapi x perlu lah... 

meringankan yang berat?

hmmm... bagus juga kalau blh apply pada berat badan kan?

6 comments:

Wak Lat said...

Salam. Hee berat saya pun semakin memberat.

Dr K said...

Dah wujud pun ulama sebegitu..
Kita mmg dah di akhir zaman..

Siapa yg nyayikan nasyid tu ya?

zonaku said...

3 lalat:
xpe, usahakan untuk meringankan kembali

zonaku said...

DZ,
Thanks sebab bertanya. sy sendiri x pernah amik tahu. tapi rangkap ini y sentiasa terngiang di telinga.

sebab bertanya, ini jawapannya :
Pengaduan pada Tuhan oleh Nadamurni, dari album Yang Dirindu.

Nanti sy postkan lirik fullnya

Nastyna said...

Exactly! Macam kat sini kan memang ramai orang bela anjing and dorang memang selalu bawak jalan2, I sometimes siap ambik jalan jauh supaya tak bertembung dengan anjing2 yang sedang berkumpul tu (dorang selalu petang2 ada pot dorang main).

Macam tak kuasa nak menyamak ssemua ni. Itu la, kalau boleh elak... elakkan la, kalau tak boleh jugak, nak buat canner. In fact my in laws pun ada bela anjing tapi itu untuk jaga rumah, tinggal kat luar tak pernah masuk dalam rumah.

zonaku said...

Nas :
kannnnnn????????????

Followers