About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, September 19, 2014

roller coaster

... penat...

tapi best!

cuma, saat ini aku mengalami emosi berperangai roller coaster. dan sebab aku sedar, makanya, masih terkawal. But seriously, i do feel like crying. No tears willing to come out though. Seksa okeh.


Entah kenapa, tetiba aku teringatkan kisah lama. Kisah yang sangat aku ingin padam dari minda. Sebab? 

Untuk apa mengingat sesuatu yang telah lama berakhir sebelum ia bermula. 

Faktor geografi juga sebenarnya memainkan peranan kuat... Bila kita mendatangi tempat yang penuh memori, sekuat mana kita, sesibuk mana fikiran kita, getarnya tetap terasa jauh di dalam lubuk hati yang paling dalam yang telah lama terkubur tanpa nesan. Getaran halus yang membangkitkan segala rasa. Rumput yang dipijak dan kelikir yang tersepak terasa serupa. 

Dalam percubaan yang diharap berjaya, minda separa sedar pula membawa memori ke dalam mimpi. Saat badan terlena lesu, mimpi simbolik itu bukanlah satu pilihan....

Seksanya juga bila insan yang kita pandang tinggi juga hadir bersama. 

Antara pilihan yang tertera, aku kuatkan hati berharap aku mampu sekadar menjadi pemerhati. Juga berharap pemerhatian ini tidak disedari sesiapa. Aku rela menjadi bayang-bayang andai kewujudan aku tidak mengganggu sesiapa. Dan doaku juga agar bayang-bayang itu umpama bayang-bayang yang hadir di saat malam pekat gelap gelita. 

Senyum dan tawa semua aku pinjam buat azimat penguat semangat. Biar senyum ku terbias yang indah belaka. Segala yang lain, aku semat kemas dalam jiwa.

9 comments:

Masy said...

ko lalu tempat bersejarah eh.. aku ni masih lg di tempat bersejarah, dah sampai tak kuasa nak feeling - tp kekadang tu terfeeling gak huuuuuu

zonaku said...

negeri jugak adalah lokasi.....
kalau belum keluar, kekebalan itu dah terbiasa.

bila ko keluar dan kembali, rasanya lain.

Nastyna said...

kemas molek susunan ayat. kerinduan...dalam hati. I sort of love hate that kinda feeling tho.

zonaku said...

Nas:
good for you. ayat atas katil je ni.. hahaha

Dee said...

Aku masih di sini..kihkih..salam perkenalan. .brg yg lepas jgn dikenang..

zonaku said...

Dee, salam perkenalan :).
mengenang memori semalam...

❤Kamsiah❤ said...

dalam maksud yg tersirat..hanya mereka yg faham dgn keadaan awak yg bisa mentafsir..:)

zonaku said...

kak Kamsiah, x perlu menafsir, yang tersurat juga mudah difahami

aizamia3 said...

sedang melalui fasa itu.. :(

Followers