Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Itu lirik lagu Biar nyanyian Fynn Jamal,
Lagu2 dia memang menarik. Bait bahasanya halus, boleh diambil secara tersurat dan bila kena gayanya boleh dikupas yang tersiratnya. Tepulang pada individu.
Macam sekarang, ada certain part aku sangat puas, at the same time aku masih mencari. Kadang aku tersenyum melayan sekelilingku, dengan sesekali aku berharap agar semua nampak sempurna. Gundahku, biar aku adukan pada yang hak saja...
4 comments:
kalau silap ngadu nanti orang pikir bukan2 pulak ya.
I pun suka lagu ni, yang dalam citer KTAR tu kan.
juliet:
haah...... kang macam2 lak kena dengar
nas :
yup. mmg citer tu ada guna lagu ni
Post a Comment