About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, August 25, 2014

".... to all Malaysian, welcome HOME"


Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan



Ini kali kedua dalam setahun kita di'serang' dengan tragedi. Ramai, and I really mean it.. too many keyboard warriors yang menonjolkan kebodohan dan ketidak prihatinan mereka secara prihatin dalam isu sebegini. 

Frankly, sejujur, seikhlasnya dari lubuk hati yang dalam, aku terdetik, biarlah tragedi pertama berakhir dengan kematian sebagaimana tragedi kedua. Sebagai umat Islam, aku lebih redha dengan kematian dari berterusan tanpa hujung pangkal. Ya, aku y jahil ini memilih untuk 'melepaskan' supaya aku blh meneruskan perjalanan di alam fana y penuh ujian ini. Serasa 'tersangkut', bila tiada closure. 

Bukan aku tidak mahukan jawapan, tapi aku memikirkan bagaimana mereka yang terlibat dalam tragedi pertama nak berdepan dengan dunia. Lebih banyak soalan tanpa jawapan pastinya. Andaikata mereka dilarikan atas sebab politik antara negara, bayangkan 'beban' yang ditanggung. 

Tragedi kedua aku lihat sebagai ujian yang melaraskan kematangan pengendalian akibat kejadian pertama. Selepas 3 bulan tragedi pertama, kita masih terasa-rasa hangatnya bahang melanda, maka tragedi kedua lebih 'mudah' untuk dihadam. 

Dan sekali lagi, menang sorak tetap pada si keyboard warriors. SYABAS. Anda memang terbaik.

Dalam tragedi kedua, ruang litupnya agak dekat dan rapat pada aku. Tidak aku secara personal, tapi pada adik2 aku. Syazana, Elisabeth, Kimi (suami pada Asmaa). Bekas rakan sekerja, Junior, Senior. Aku tidak berkenalan secara direct dengan mereka, tapi adik2 aku ada. 

Dan membaca blog ini, sebenarnya memberi kita inside info/news pada kejadian selain dari yang dicanang2 secara bebas. 

Alhamdulillah, saat jiwa seseorang teruji sebegini, Allah kurniakan bahu untuk bersandar, telinga untuk mendengar. Jangan cuba berbicara tentang lantai untuk bersujud, itu soal spiritual hati yang paling dalam. Soal fizikal juga amat penting saat sebegini.

Saat teruji, kadangkala, kita kaku, beku tak tahu bagaimana nak bereaksi atau kadangkala kita keliru apa yang kita harus buat. Dikurniakan sahabat2 seperti dalam entri itu sebenarnya adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kita bukannya tidak boleh berfikir, tapi pada saat itu, kita perlukan masa dan ruang untuk bertenang dan mencerna. Asakan dari 'penyampai rasa simpati' bukannya tidak perlu, tapi akan melemaskan kita. Aku 'salute' sahabat2 Asmaa bagai yang diceritakan, semua ada dan 'hadir' tapi buka ruang untuk 'personal time' dia sebelum dia mula bereaksi. 
Saat dia dah menerima, semuanya lancar, dia tahu apa perlu dilakukan..... 

Dan saat berkabung, Ustaz/ustazah alam maya berlumba2 meraih perhatian. Tak kurang suara2 insan yang terlupa memandang sekeliling. Sekadar melihat di kaca TV saat sepatutnya menjalankan tugas, layakkah kita berkata 'keranda itu kelihatan berat, yang ini semacam ringan'?? Siapa kita? Hebat benar amalan kita rupanya.... 

Doaku, jangan aku diuji sehebat ini, jiwa aku ini tidak sekuat mana, bimbang aku tersalah langkah. Andai aku insan terpilih untuk diuji sebegini, mohon Allah kuatkan hati dan jiwaku, juga semoga aku dikurniakan sahabat yang menarik aku saat aku jatuh, memimpin aku saat aku teraba2 dalam kegelapan. 










No comments:

Followers