About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, February 28, 2014

Mentari Jingga

ok, Feb 28 : Share a smile day & Compliment Day & Employee Appreciation Day

Esok Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dibuka. Ada karnival pembukaan dan majlis perasmian. Perasmi karnival adalah oleh TYT jam 3 petang di tapak karnival jam 3 petang dan perasmian pembuakaan oleh PM jam 8 malam. Alangkah indah kalau di mulakan dengan solat maghrib berjemaah di Masjid Jamekd Batu Maung (kg aku) dan disusuli dengan tahlil & doa selamat, baru disambung dengan perasmian. Walau pihak IJM dah penah buat solat di atas jambatan tu sebelum ni.

Tapi, itulah.. luahan aku sekadar menjadi luahan di laman sini. Aku agak ragu2 nak kemukakan menggunakan saluran yang betul. 'Permainan' agak rumit yang menyebabkan aku mengelak. Namun, sekadar luahan hati, pada yang sudi mendengar or lebih tepat lagi membaca di sini.

Dan concernnya aku ialah, mulai esok, cabaran jalan jem, mungkin akan lebih terasa pada aku. Selama ni, aku melawan arus dalam perjalanan pergi dan pulang dari kerja. Terutamanya saat pulang dari kerja, dengan jalan yang memang sediakala beralun (maklumlah, jalan dibina atas laut) aku masih mampu memecut dengan riang ria. Sedangkan di arah yang bertentangan, pemandu keresahan di dalam kesesakan. Syukur Alhamdulillah. Lepas ni kita tengok cemana jadinya.

Dan sejak awal minggu ni, makin banyak kenderaan di letak di tepi jalan kedua2 arah, saat aku pergi dan pulang. Semuanya mengambil kesempatan untuk menaiki jambatan yang belum di buka. Samada sekadar mengambil pengalaman, atau berjoging atau pun ada juga yang merakam melalui lensa. Pagi tadi, mentari jingga dan besar jam 7.45pagi di rakam oleh salah seorang jurugambar. Wallahualam untuk tujuan apa, tapi pastinya sangat indah. Dari jauh aku nampak kameranya statik saja. Pemandangan sangat cantik sebenarnya...  Subhanallah....

Mak pulak kurang suka dengan perangai ini, katanya risau kalau2 roboh. Tunggu lah lepas pembukaan katanya, kalau dah teringin sangat nak naik pun. Naik on foot, kang kalau kena tiup angin, jatuh ke laut, naya saja. :) Dan penyambung kedua2 'batu' ini, insyaallah memudahkan kami untuk ke pulau aman menikmati mee udang...... Owh, lamanya x pegi.

DocSinga, jemput datang untuk photoshoot ya...

Ada pameran gambar jambatan kedua ni diadakan, tapi aku x dapat detailed info.

http://www.jambatankedua.com.my/webv1/

4 comments:

Dr Singa said...

kalau terpergi ke sana lagi.. bukan setakat photo shoot.. dangan kau sekali akak kidnap !!
:)

t.a.t.a said...

Auwww.. seram pulak baca komen Kak Singa. Hahaha.

zonaku said...

Doc,
sila buat permohonan awal ya.....

hahhha

zonaku said...

t.a.t.a:
ko datang la sekali!

Followers