About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Wednesday, February 26, 2014

Kecewa

itu yang di rasa

tapi rasa aku kurang berbanding sis4.

aku kecewa sebab salah satu tangkapan aku di BBW last december.
Balik keja petang Rabu lepas, main2 ngan Sara sebelum belek Qaseh. Qaseh dah lena sebenarnya. Dalam buai.

Masa ikut mak pegi belakang, Sara nak bagi makan burung, mak gtau aku dah rosakkan basuhan baju dia hari ni. Mula2 dia leterkan Farah, sebab si kreatif/innovator tu memang suka main then tinggal barang dalam bilik air. Rupanya buku aku yang termasuk dalam besen yang mak masukkan dalam mesin basuh.

Mlm sebelumnya aku mmg cari buku tu. Cuma x jumpa, so, aku ingat aku alihkan dan lupa. Not that needed to read sgt mlm tu, so I just let it go. X la cari dgn bersungguh, cadang nk lena sbb siangnya derma darah, tapi aku x lena awal pun, kul 1 lebih br leh lelap. Rupanya aku yang bawa masuk sebelum mandi. Dah timbun ngan baju, maka lupa la kannnnn............

Akibatnya, mak kena ulang basuh sebanyak 3 kali..... dah la musim kemarau ni kannnnn.... Bukunya ialah Woman in the mirror. Aku hanya sempat baca tajuk saja. Sinopsis aku baca sekilas di BBW ja.... So, siapa nk hadiahkan aku buku tu?

Then, malamnya, Sis4 nk simpan EBM dia. Sekali, buka ja freezer, semua y ais yang ada dalam tu dah cair. Ais biasa, aiskrim dan paling tragis, semua EBM dia since day 1 dia simpan. Banyak mana? Semua botol 5oz penuh, ada dalam 20 btl, then lelain dalam zipper beg y mmg dah penuh storage box. Suspek utama yang tidak dapat disangkal adalah Faris. Sebab sblm dia ke tadika, dia bising sibuk2 nak buka peti ais nak makan aiskrim. Dah lepas kul 8 mlm baru bukak freezer, so 'sayang semuanya, sudah terlambat....' redha saja laaaaa.... Masa kami discover tu, mak x ada, sis2 bawak mak ke klinik untuk bisul kaki dia.

Jadi, walaupun banyak yang terbuang a.k.a rosak, sis4 tetap gigih kumpul bekalan untuk Qaseh minum lepas bila dia mula kerja lagi 2 minggu.

Ya, banyak dugaan sebenarnya untuk sis4 sekeluarga. Semua redha sebab ini untuk masa depan.

Bersakit2 dulu, bersenang2 kemudian punya konsep. :)


2 comments:

t.a.t.a said...

Masa kau mintak aku buku tu itu hari dah lunyai ke belum?

zonaku said...

baru je selamat.. trs minta ngan ko

Followers