About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, January 10, 2014

Pencetus Ummah & Mak

Semalam berlangsung mimbar akhir pencetus ummah.. Alhamdulillah...

InsyaAllah momentum pelaksanaan dakwah tidah terhenti setakat semalam. Lepas ni, kalau terjumpa Ustaz Shahul, aku dah blh agak ceramah dia lagu mana. Ramadhan lepas, aku agak terkilan kerana Ustaz Shahul tidak dapat hadir untuk sesi tazkirah di surau kami. X apa, Allah nk suruh aku tgk dia berceramah di TV dl, br in-person. Mak memang suka tengok dan dah pernah tengok dah sebelum ni.

Aku mulanya lepas solat dah nak terus tido. Tapi cam teringat mak sorang2 kat bawah, so aku turun. Then baru perasan ada PU akhir. BIL3 siap amik roti bancuh milo lepak dpn tv macam nk tgk wayang. Alhamdulillah, PU semalam letakkan kami sekeluarga bersama menonton. Nikmat yang dah lama aku tak rasa sebab rasa berjauh hati aku.

Macam2 yang boleh di baca di laman sosial, pelbagai ulasan dan komen. Aku hanya buka untuk amik nama ustaz Shahul. Terlintas juga yang negatif, malas aku nak amik pusing. Sesi Dr Ridhuan Tee sangat terkesan. Alhamdulillah, mak masih ada untuk aku berbakti. Tapi Doa aku buat Ayah x pernah berhenti. Aku telan dengan redha rasa terkilan x dapat tunjuk kat ayah, anak pompuan kesayangan dia ni hebat. Walau pernah tersasar, aku tetap anak terhebat ayah. Al-Fatihah.

Masa persembahan selingan, mak baca nama Joey BPR as badan pencegah rasuah... jenuh kami gelakkan mak... bukan la bermakna gelakkan mak tu kami menghina dan kami tau mak x terasa pun. But that is super cute from mak.

At moments.. mak memang akan tersebut something yang akan buatkan kami serumah anak beranak gelak besar. Alhamdulillah.. Allah kurniakan kami silaturrahim yang hebat dan bahagia.

Nak berkongsi apa yang aku kongsikan di laman #muka#buku. Allah jadikan aku jemu dengan lagu2 hindi pagi tadi, maka aku beralih ke ikim.fm.

PERKONGSIAN RINGKAS

dr ikim.fm : Segmen motivasi pagi

Ciri seorang pemimpin :
1. Semangat waja
2. Integriti / Jujur
3. Keyakinan tinggi

Fahami, selami dan teliti... di mana kita?

kata spiderman lak... with great power, comes great responsibilities.....

kataku : laksanakan!


Aku berdoa untuk dikurniakan seorang pemimpin rumahtanggaku yang berciri seperti yang dikongsikan, yang membimbing aku ke syurga yang Allah janjikan.

Selamat berhujung minggu!

11 comments:

t.a.t.a said...

Dalam ciri-ciri pemimpin tu kan, aku cuma ada jujur aje. Hahaha. aku memang bukan pemimpin.

Abe Kie said...

salam zona. abe kie pun ada tgok PU semlm. Memang kelas peserta2 kita semlm. BTW, URL blog daddy zuki telah bertukar kpd jukdin.blogspot.com. Mohon buat pembetulan. Alang2 dtg ni sy follow la blog zona...tq.

Dr Singa said...

habit saya sekarang
masuk kereta..
tak bukak radio..
sepanjang jalan nak gi kerja.. baca Al fatihah .. untuk Ibu dan Arwah Ayah
Insya Allah..

zonaku said...

t.a.t.a:
jangan lupa, nak jadi pemimpin, mesti readi jadi yang dipimpin dulu.....
so, relaxxxxx

zonaku said...

daddy Zuki:
patut la.... sy tukarkan nanti

zonaku said...

doc;
sy selalu cari pencetus idea... mendengar persekitaran...

sambil2 selawat n bacaan lazim. bersulam2.... :D

t.a.t.a said...

zona ngan kak singa, sama macam saya. tu pasal kalau radio kereta rosak saya tak kisah pun.

zonaku said...

aku agak kisah la jugak ta... kalau sunyi sepi dalam keta... aku lena nanti. tapi cd player aku mmg dah bertahun rosak.

zonaku said...
This comment has been removed by the author.
Daddy Ziyyad said...

saya tak pernah tgk PU..so tak boleh nak komen. In fact, apa apa rancangan realiti TV, mmg saya tak minat..hihihih..

zonaku said...

DZ, sy x la tgk sgt.... mak y mula... pastu kami layan la sekali.


kagum dgn kehebatan PU hafal ayat2 suci al-Quran

Followers