About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, October 17, 2013

Senyumlah Kembali

Last week, dalam aku sgt2 sibuk dan fikiran bercelaru, tetiba a friend of mine post lagu ni (ada dlm post sblm ni) ... As if that friend knows that i am not being myself. Alhamdulillah.. syukur sangat2 aku sentiasa ada sahabat2 yang  sudi bersama aku dalam susah aku. Yang ada dalam senang mmg biasanya ramai....

Aku x sangka lagu ni dendangan alleycat, sebab mmg x pernah dengar. Dan juga that friend of mine berkongsi info bahawa dia mungkin blh bawa kenalannya untuk berkongsi minat terbaru aku, yang memang terpendam, cuma x pernah dikilatkan atau diasah atau diberi perhatian selama ini. Kenalannya itu dah terkenal dalam bidangnya, lalu aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat berharap agar kenalannya sudi dan ada kelapangan untuk aku. Boleh juga aku menumpang pahala ilmu.

Ya, hidup aku masih belum stabil sepenuhnya, tapi agak kukuh berbanding dulu. Jiwa masih terlalu rapuh, walau benteng yang aku bina seteguh tembok besar cina. Lebih senang mengukir senyuman palsu dari membicarakan punca kesedihan (pinjaman/alihbahasa dr blog patungcendana). Betul kan?

Kenapa aku sangat terpikat pada lagu ni? Baca bait2 liriknya...... sangat sesuai.


Ceritakan padaku
Apa sebenarnya yang berlaku
Pada dirimu
Ceritakan padaku
Jangan sekali
Kau tunduk membisu

Suarakanlah kepadaku
Yang terpendam dalam hatimu
Tak sanggup ku melihat
Kau bersedih hiba meratap

Di dalam kau berduka
Aku turut sama merasa
Kerana sesungguhnya
Aku sayang kepadamu

Senyumlah kembali
Senyumlah dengan seri
Seperti hari-hari riangmu yang dahulu
Dan setiap kesusahan
Bukan sekali bererti
Berakhirnya mimpi-mimpi

Dan senyumlah kembali
Untuk melangkah lagi
Senyumlah sesungguhnya
Aku kan menemani
Biar apa sekalipun
Dugaan datang menguji
Kau tidakkan bersendiri

9 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Harap sudah terlerai masalah/dilema yang dihadapi! Kita sememangnya tidak akan sunyi daripada menghadapi pelbagai situasi yang sukar sepanjang hidup kita dan selepas menghadapi setiap kesukaran itu kita akan berdiri lebih kuat berbanding sebelumnya!

zonaku said...

Mak aji:
Salam, Insyaallah cabaran yang menguatkan.

julietchun said...

kenapa pulak aku tetiba rasa sedih? :C

zonaku said...

juliet:
eh? eh?? ehh??? pesal lak ni??? ko jangan ar sedih2... aku mmg x kenal la lagu2 n penyanyi.... pelakon pun sama.. aku kenal muka je

t.a.t.a said...

bila aku tengah down, perlukan seseorang nak luahkan perasaan, aku akan hold dulu. aku tak kan luahkan segera.

sebab once aku dah luahkan, aku akan ada satu fikiran yang mengatakan, laa tak la besar mana pun masalah aku ni, untuk aku kongsi dengan orang lain. baik la aku simpan sorang² aje.

zonaku said...

t.a.t.a :
sebab tu at times, it is better to luahkan, supaya cepat sedar, it is only a small matter.

but depend gak la pada siapa n macam mana.

syukur alhamdulillah, aku ada sahabat2 y positif n mempositifkan aku :)

t.a.t.a said...

aku turut alhamdulillah kan kau sebab ada kawan macam tu. untung kau.

zonaku said...

t.a.t.a:
ko pun untung jugak.. cuba tgk keliling ko...

t.a.t.a said...

yup. ada yang kita untung. ada yang kita rugi.

Followers