About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Wednesday, October 2, 2013

Running#Man Ikea versi #Memuah...

Yup,

Lepas aku ada confimation akan ke KL, aku ada post kat #memuah pasal trip aku, n merancang nk jumpa semua org. If possible.

Alhamdulillah, setelah seperti biasa komen melebihi 100, aku sampai ke KL. Famili aku ada jemputan kenduri hari ahad mlm. So, untuk memberi peluang .. cewahh.. pada diri sendiri meluangkan masa bersama #memuah, aku amik bas hari jumaat ptg. Sabtu aku mmg dah book sesiap untuk #memuah gathering. Keri lak sudi ambil n hantar aku kat lrt kelana jaya.. tima kasih byk2.... jasamu kukenang :)

Kali ni dicadangkan ke Ikea oleh Anul a.k.a lagi ashabul kahfi dari aku.... Aku penah sampai ikea, tapi x penah g kaffir dia kot. pasal bebola bagai semua tu, aku x penah amik pot sgt, cuma aku tau kewujudannya saja. Urusan pembelian diserah pada keri, sebab dia lebih arif... Dan pertemuan ini adalah kali pertama aku jumpa Kapten n Peah Propa. Dah lama kenal Kapten secara maya, face to face, ini lah first timenya. Peah pulak baru lagi ngan #Memuah. Rindunya pada Wafa yang x dapat hadir sebab kecacaran.... Lama giler x jumpa. Last masa g Bali je kot.

Masa Keri pegi beratur tu, aku dah cuak.. nk kawal kawasan korang ingat senang..? hahahahahahaa... then Erina n Masy sampai, lega sket. Aku ada Masy as partner penjaga kawasan. Pendek kata, semua kerusi y kami guna tu aku duduk. Haa..... penjaga sangat kannnn. Jenuh la org nk pinang aku nnt pikir berkali2... x pun hantaran jenuh tawar menawar.
kat stesen lrt masjid jamek, ada kaunter sale ni, new product in town kot. satu singgit. Niat asal nk beli satu je sebab kulit aku rs tercemar ngan ekon bas mlm tu, tapi dah murah, leh la aku beli byk n syer ngan adik2. dah abes distribute kat #memuah, balik tu aku singgah beli lagi.. abes gak distribute pada adik2 aku.. inilah bestnya bila ramai adik beradik pompuan :)

FM dr Masy.. memula igt nk pilih y biru, tp aku x suka cicak tu

Sepanjang kami kat sana, makcik cleaner nama patricia tu dah few times datang kacau.... last2 dia gtau kawasan tu patutnya untuk famili w baby.. sapa srh x letak signboard ke buat pengumuman besar2an ke.. ini pakai ko punya suka je.. x koser la nk melayan.

Masy dah kongsikan kat entry dia. Pic dia lebih banyak. Dalam menunggu /lepak/makan apa semua, sempat la Amir n Keri cuba nk install whattapps bende tah kat henpon aku. Gagal dengan berjaya. Maka hubungan aku ngan #memuah belumlah diupgrade lagi.. hahahahhaa

Lepas dah siap cabaran pertama running#man iaitu makan meatball y heronya adalah Anul, kami explore lak dlm ikea tu. Cembam n Anul nak beli  mende tah... so, kami ikut je la. Memula ada gak niat Masy nk ajak g tgk wayang, tapi cam lebih best bila jalan2 dlm ikea secara jemaah gitu.  Blh tahan jugak apa yang kami jumpa & buat dalam tu. Dan sedihnya, Xiyad x brp suka aku.. x biasa kot ngan aku, tapi ketara dia sgt suka uncle yiyisnya.... sampaikan dah macam anak dia. N Xiyad sgt alert ngan lagu bella... bella.. bella y Masy n Keri nyanyikan kat sana.

Lain mak, bapak  n anak... inilah ukhwah #memuah
Ngan Erina pun Xiyad ok.. Sedeyyy lagi sekali.... hu~

Xiyad main game atas ribaan Erina, Cembam masuk ikea balik, y lain tgh solat kat surau
Y lelaki dewasa bayar barang, y wanita dewasa n lelaki junior lak lepak2 kat outdoor deco. Ada bench kat tepi tu. Xiyad lena dlm stroller dia masa ni. Abis bayar, (thanks to Amir) kami semua sepakat mkn eskrem sebelum menuju jalan pulang. Aku belikan token untuk semua n 1/2 dozen karipap. Siap je beli, rupanya Erina pun buat benda yang sama.

Dahhhh... cabaran running#man kedua berlangsung!!!!!!

Sekelip mata, Erina berjaya jual semua token dia.. hahahahahhahahaaaa.. siap p claim lagi, sebab token dia x cukup. Dah nama berniaga ais kacang, takat eskrem apalah sangat pada dia.... salah satu bahan ais kacang je. Y Amir lak x tau apa y terjadi masa tu... Dia tgh menunggu entah kat mana. Lepas habiskan eskrem, kami bahagikan karipap satu kete sebungkus. then berpisah la kami....

InsyaAllah, kami merancang untuk berkumpul di Kalumpang untuk celebrate 2nd bday #memuah jr sulung kami, Xiyad.

Aku n Keri y paling lama, kami amik tiket parking kul 11.32 (ke 52?) then bayar ku 18.02.. haaaaaa.... Inilah #memuah.... dari latar berbeza, tapi tiap kali kami berjumpa, gelak tawa sentiasa mengisi ruang. Kenangan bersama kami ni, insyaallah sentiasa kekal. Macam nk rancang untuk Taman Memuah la.... hurmmm

4 comments:

Masy said...

taman memuah? ni taman perumahan yg kite dok angan2 masa gi penang dulu tu ke? huehehehhehe

xiyad last tgk ko pon masa kt bali tu, lama tu eh.. sbb tu x cam. siap dia lps ni.. kat kalumpang bole la lama sket kasik dia cam muke ko hehehe

Nastyna said...

Seronoknya uols. I suka sangat karipap ikea tu, lebih suka berbanding meatballs dia. Selalu buat karipap lemau kat sini makan fefeeling karipap ikea.

zonaku said...

masy:
hahahaha... kalau x ada aral nk ke kalumpang ni la......

taman tu la... best kan kalau menjadi..

zonaku said...

Nas:
both are ok. cuma gravy tu je la off sket.

y penting, the companions.... hahhahahaaa

Followers