About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, May 6, 2013

PHF*1114

Ini kisah Khamis lepas.

Ye.. orang sibuk sana sini pasal GE13/PRU13, aku je la x dulik... Ada suara sumbang akan kutuk aku....  x ditaip, mesti ada sikit terlintas di hati... x apa lah.. siapapun yang dipilih memikul amanah, aku doakan amanah itu dilaksanakan sepenuhnya. bukan sekerat jalan, atau ikut kesukaan hati... berat tu.

Macam biasa, keluar dr pejabat, kawasan perindustrian bebas bayan lepas fasa 3 ni memang kalau keluar on-time akan ada kesesakan.. blh tahan la sesaknya.. tapi jaraknya sikit saja... Dan kadangkala, aku sengaja lambatkan sikit supaya x kena... Highway seagate tu, mmg jem trs la....

Masa di simpang tu, jalan dah jem. Comel je la cikPuteri disitu... Then, aku ternampak kereta sebelah ada gantung singa kat cermin. Cute je.. Afrika 2010.. eh ye ke??? Tapi yang pasti patung singa comel untuk world cup lepas la.... Sambil belek ngan penuh asyik, keta depan gerak sikit, macam biasa la, aku pun gerak la sikit ke depan... thummm... ada cam bunyi langgar. Pandang ja depan ada penunggang motosikal, beri isyarat kat aku yang bermaksud (atau sekadar pemahaman aku je la) "buta ke, nak jalan tapi x guna mata.."

Aku tengok je dia tanpa reaksi & tekan brek. Dia teruskan hajat mencilok2 dan kelam kabut rempit pergi... Masa tu la aku baca nombor plet moto dia.. PHF1114, cemey sket plet belakang tu... Penunggang dia rupa cam mamak sikit (usual la di sini, cuma aku pasti bukan bang*la), aku angggap muda la dari aku, sebab panas baran.

OK le dik, akak minta maaf la.... Sebab :

1. Lesen memandu akak ni dah lama.. akak dulu masa amik ujian n lulus lesen, x pulak la akak tau yang ada undang2 mengatakan kalau ada pencilok moto, utamakan dia, jangan jalan lagi. Terutamanya kalau yang memula nampak mencilok di belakang kereta kita dari sebelah kiri, tapi sebab dua buah kereta y rapat, x ada ruang. Lepas tengok keliling (menikmati pemandangan yang dipenuhi pemandu y letih balik dari keje dan tabah tahan sabar layan jem), kena pulak perhati penunggang motosikal yang nak mencilok. Lepas semua penunggang motosikal yang berniat mencilok lepas, baru kereta blh jalan. Sungguh akak x tau undang2 tu. Nanti akak minta JPJ naikkan signboard camtu banyak2 ye.... X pun akak g amik lesen sekali lagi la...

2. Masa belajar dulu, akak x usaha sungguh2.. Kalau la akak usaha betul2, mesti akak amik subjek 'mind reader'. X pun jenuh gak ni nak kena tokak ngan Edward Cullen, x pun, sebab akak x mo hidup lama2 sgt, akak nk kena upah Edward Cullen baca semua minda penunggang motosikal di sekitar bayan baru ni... Hal ni, nanti akak pertimbangkan semula, nak amik kelas ke, nak berurusan ngan Edward Cullen tu.. Leceh gak nak nego ngan laki orang ni... Bella.. give me a call please!

3. Akak rasa geram masa awak buat isyarat apa semua tu. mintak maaf la... akak anggap je masa tu awak tergesa2 sebab ayah awak diserang sakit jantung dan strok, so, sebagai anak lelaki tunggal, awak kena la rush balik nk hantar ayah awak ke spital... kang lambat2 kang, x sempat diselamatkan.. rugi awak hilang ayah awal.. x sempat berjasa banyak... macam akak, ayah akak meninggal dah lama... masa akak n adik beradik masih belajar.... x sempat nak buat jasa pada ayah... Kalau la akak tau dari awal, akak cari siren n pasang kuat2 supaya semua orang bagi jalan kat awak... sungguh, akak x tau.. maaf la ya....

Sesiapa yang kenal penunggang motosikal tu, aku mohon sangat2... tolong bagitau dia ya.... TOLONGLAH ye....aku x kesah cikPuteri calar sikit tu, besar jari kelingking sara saja... rakyat aku calarkan lagi hebat2... tapi aku minta maaf sangat2 berdasarkan sebab di atas tu...

Aku nk up kat FB, x ramai dalam list aku tu dari bayan baru.... or even pulau pinang.

Manusia................ macam-macam!!

2 comments:

julietchun said...

aku paling takut kalau tetibe ada moto dok mencilok kiri kanan masa memandu, takut terlanggaar depa kita jugak yg salah.

zonaku said...

tau x pa...... kang matik anak orang.. haru!

ngan cikPuteri rosak ke apa ke... matikla!

Followers