About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, April 18, 2013

Updates : Kisah 1 : trip to KL

ok, nk byr hutang secara sikit2...
kisah trip to KL about end March hari tu.

Tiket flight beli in dec, dah mahal dah, 2 org dah 300 lebih.. tapi mak dpt jemputan kan.. plus dia x pegi lagi rmh anak2 dia y baru pindah ke KL, bro3 n sis3. Makanya, as anak solehah (in sha Allah), aku la y bertugas kali ni.

Jemputan utama dibatalkan seminggu sebelum tu, atas sebab yang kita buat x tahu je la... tapi jemputan kedua diteruskan macam biasa, alter sikit saja, dan tetap berjalan lancar, siap ada extra lagi. Flight kami ke KL adalah hari Jumaat, ETD 1925. Masa online check in hari Rabu, aku dah cuak sebab mak seat depan, aku seat belakang dia. Malas punya pasal, aku redhakan saja, tapi x cakap kat adik beradik y lain. Kang naik, minta je la tukar seat ngan seat partner mak, bkn susah. Orang Malaysia baik hati.. mesti dapat punya... Kalau aku cakap mesti kena marah, bukan mahal pun kalau pilih seat, tapi lebih baik la jadi ramah sikit dari bayar extra kann..
Siap check in, aku direct print je boarding pass, n email a copy to my personal email account. Tanda2 apa semua, balik, trs masuk dlm beg. SETEL! Takut terlupa.

Hari Jumaat. (22 March 2013)

Aku request nk balik awal ngan bos2 aku. Replace ngan short lunch break. Padahal, bukan la diorg berkira sgt pun. bila aku kata bos2, ya.. Aku skrg keja ada 4 bos, 3 department manager & 1 sponsor. Lagi 3 manager & 1 Director x ada di sini, maka x yah support, kasik sikit2 dah. Kul 4.30, aku blah dr opis. Mandi, mkn sket then trs tunggu sis2 amik. Faris tgh lena, mak kata x yah gerak dia, tinggalkan saja ngan BIL nanti. si Sara pulak, bising mulut dia.. oh eh oh eh.. last2 aku srh dia pakai kasut nk jalan2. Dah siap pakai pun datang kat aku bising2 lagi.. rupanya sebab aku srh dia pakai kasu nk jalan, dia dah siap pakai, aku x bawak jalan lagi.. jeirt dia marah aku tu cam bunyik Pingu dah. hhaahahaha. Sampai ja sis3 n BIL, diorg srh gerak gak Faris, semua sekali jalan. Sampai je ariport, moncooooongggggggg la dia, nk ikut tok x kasik.

Fligh tdelay sket, then lamaaaaa tunggu x blh landing sebab airport congested, hujan n byk ketebang.. ada F1 la katakannn... bro3 amik, p mkn jap then sampai rmh sis3 kul 12. Lepak2 sembang2 anak beranak jap, then tido.

Hari Sabtu. (23 March 2013)

Bgn je, aku sms Masy n Anul. Masy je reply, so, kami decide jumpa di MidValley. Inilah aku cakap, kalau bukak mulut (dlm kes ni, berSMS), mesti lebih mudah. Ni, aku menunggu di komuter shah alam, masy drive dr shah alam ke mid. Jumpa dia, sembang2 sedas dua, mkn kat food court garden tu, aku nk menerai korean food y Masy gembar gemburkan tu, solat, then br Anul sms minta maaf sebab phone dia xder bateri, so, x dpt sms aku. Lps mkn eskrem, kami pun berpisah.. Masa sembang2 tu, Masy ada la cerita y dia mimpikan kwn2 dia mati eksiden.. N kawan itu adalah aku n dorg lagi memuah.. In sha Allah panjang la umo kami... maybe dia rindu bangat kottt. ye la.. kami berdua je antara geng memuah y dah x ada di area sana n susah nk jumpa cam dolu2. Wafa still kerap trn KL, so, still jumpa selalu. Dia mimpi aku kene langgar lori, tappi mayat cantik je, x ler putus ke apa ke.. aku rasa sebenarnya dlm mimpi tu aku y langgar lori tu kot, tu y elok je mayat tu.

Lepas salam2 apa semua, aku keluar je, rupanya hujann sgt lebat. redha je jalan kat situ nk naik komuter, even kene tempias hujan... tempias je pun, lagipun air. Pasrahh.. Dah lama x naik tren apa semua, aku agak lost, tapi x sesat ye... aku tanyakan je sesapa y nak beli tiket tren tu. LRT dah guna chip token rupanya sekarang. komuter still cam biasa. Tp service dah makin bagus aku rasa. Cuma aku x puas hati ngan pengguna Ladies Coach. Tolong lah buka mulut menegur lelaki y masuk ke situ. Dan kalau korang nga BF or suami, or ayah, aku mohon, gunalah coah biasa. Ladies coach untuk WANITA SAHAJA.
Untung jadi pompuan, ruang menunggu pun ada...
Kalau korang biarkan, maknanya, korang x hormati diri korang sebagai wanita. Bila korang x hormat diri sendiri, rasa ada orang (or even anak korang sendiri) akan hormat korang ker? Sekian pesanan ikhlas dr seorang wanita.

INGAT TU!!! WANITA SAHAJA!!


Sampai je, bro3 amik aku dr LRT, dekat je stesen sentul timur ngan rmh dia, blh jalan kaki, tp dah dia nk amik, jgn komplen. hehehehe..

Mlm tu majlis tahlil & doa selamat rmh BIL. Sedap sate n char koey teow dia. Ada bday celebration untuk anak buah BIL gak. Kami syer je 1 slice cake sekeluarga. x daya nk mkn byk2.

Blk & tido rmh bro3 mlm tu. sis3 n BIL pun tido situ.

Hari Ahad. (24 March 2013)

Bangun je pepagi tu, mak ajak bro3 p pasar, dia nk beli limau purut sket n few itmes nk buat mandi bunga sis4 nk kenduri. Jgn memain.. cam barang tu x ada kat Penang, dia nk import jugak dr pasar Sentul. hahahaha.. that's mak. Dia mmg akan sediakan segalanya sesiap.. Kacip dia hilang lps bro3 bertunang pun dia blh beli kat Wangsa Maju ke Maju Junction tah... Seb bek dia x order dr JB or ajak ke Pekan Rabu semata2 sebab tu.

Then mak ajak p Jakel. Nk beli kain katanya.. ahhhhh sudah... Aku dah cuak masa ni. Yela, gaji x masuk lagi. Pegi Jakel kot... bahaya ok! Sekali mmg dia nk borong kain untuk kenduri bro3 Jun ni. dia belek3 kat bawak, amik selai... then naik tingkat atas lak. Tengok kain warna cekelat lak, sebab tema majlis nikah nanti, kami pakai cekelat, majlis belah perempuan, pakai biru, majlis kami kuning lembut & lace biru. lace SIL dah di Bandung sekarang, dia akan belikan. Mengada2 kan???? Masa kenduri sis4 baru ni pun baju kami Bandung mari.. Kenduri tahun ni mmg bertema Bandung kot. Kamdar tu dah memang tema aku nye baju kurung biasanya.


Masa belek2 tu aku dah x mo beli dah. sepasang 90++, rasanya better aku ke Jakel SP je.. dah gaji lebih selesa nk beli, xkan nk pakai duit mak. Dia dah ofer aku n sis3 dia belikan kain kali ni. Tapi, aku cam x sedap hati pulak nk amik. Dah aku moncong, so, x jadi ler amik... elok kami keluar dr ruang tu, manager dia tahan kami, suruh staff dia kasik 50% diskaun on anything y kami mau. so, tinggal dalam 50 sepasang, malu2 alah, kami amik la 3 pasang. Rezeki la tu... Then g makan kat Wong Solo ke apa tah nama kedai tu, mkn ayam penyet.

Lepas tu trs ke LCCT. Aku lelap jap otw tu, jln jem sbb F1, seperti y dimaklumkan...

Sampai je, salam2 apa semua, trs aku n mak masuk. Bro3, sis3 n BIL trs balik, sian kat sis3 y tgh sarat tu, kaki dia dah bengkak dah. Elok nk masuk je, staff tu tahan aku, katanya, boarding pass aku expired. Ah sudah!!!!! Aku trs jem otak. Mak aku lagi la, dia mmg pass urusan tiket n flight ni ke aku je. Call sis3 minta idea n srh diorg patah balik. Aku duduk jap. Dok pikir apa nk buat. Alternatif nk amik bas pun satu haru gak. nk harung ke KL, lum tentu sempat bas kul 4. Esok nk keja!.Check tgk no flight kami mmg x ada kat boarding list tu pun. Mustahil je rasanya.

Aku beli tiket betul.
Booking # P4NRKY
PEN-KUL(AK6119)
Date : 22 March 2013
Time : 1925

KUL-PEN(AK6126)
Date : 24 March 2013
Time : 1805

Salah satu ketebang airasia
Tapi, kat boarding pass return date aku 22 March. Which pada pendapat aku adalah MUSTAHIL. Aku punya return fligt sejam setengah sebelum aku pegi? Tapi, ini aku print boarding pass direct after aku check in. Salah aku booking in Dec aritu ke? Aku ajak mak aku msk McD n duduk pikir sambil tunggu adik2 aku patah balik. Aku igt nk guna phone diorg check email aku, sbb aku x der smartphone, trs rasarugi je x guna smartphone, ini mmg PERLU guna such tech n gadget ni... Then sis3 call, tanyakan macam mana aku leh salah booking? Flight y aku booking tu ada x dlm list? jawapan aku, xtau n x ada. So, x pe lah, diorg dah sampai tempat jem tadi tu n tgh patah balik. Pikir punya pikir, aku yakin aku x salah, so aku decide nk p tny kaunter or nk minta ehsan kaunter benarkan aku access ke booking # aku. Suruh mak aku tunggu jap kat situ, aku masuk dalam balik. Masa decide nk msk McD tu, aku redha je lupakan boikot. Ini separuh darurat ni, emergency, otak x function ngan betul dah ni. kalau check pressure, sah darah tinggi! Aku jalan ke kaunter check in, dah nak sampai, aku patah balik ke kaunter tiket. Lebih logik kalau aku ke kaunter tiket rasanya. Sampai je;

Aku : Salam encik (kena extra sopan ye.. nk minta tolong orang), sy nk tanyakan pasal flight booking sy ni (sambil hulur boarding pass)
Staff di Kaunter : (sambil amik boarding pass) owhhh.. yang ini, kejap ye, saya printkan yang baru, ada maslaah sikit ni
Aku : haaa..... mmg tau ke?
Staff di Kaunter : ada penumpang dh datang tadi pasal ni
Aku : (rasa cam nak jerit, lompat2 n guling2 kegembiraan sambil sekeh2 kepala staf tu) ooo ye ke?? (trs dail phone# sis3)
Staff di Kaunter : Mmg ada masalah sistem sikit hari tu...
Aku : (cakap ngan sis3 x yah la, masalah setel dah, dia cakap x pe la, diorg dah lepas pun area jem tadi, jap lagi diorg sampai, trs aku rasa bersalah tahap gaban, sian diaaa.. 3-3 org tkejut pasal hal ni, kelam kabut patah balik tgk kakak n mak diorg ni)
Staff di Kaunter : (tah apa tah dia bebel, aku x dulik sgt dah, adik2 aku lg urgent, mamat ni bukan pregnat cam adik aku) ni dah siap sy printkan yang baru
Aku : ramai ke yang dah datang tadi?
Staff di Kaunter : ada 4 orang dah..
Aku : Ok thanks
Staff di Kaunter : welcome


MOTIPPPPPPP korang x notify penumpang korang????? pasal F1 jalan jem, reti lak korang gtau, pasal salah camni korang x reti nk gtau??? kalau aku trs mati kutu n amik bas ke penang, x ke aniaya je??? nak aje aku senaraikan maki hamun sumpah seranah aku. Tapi, kansel la!

Balik ke McD, aku gtau mak aku all ok dah, salah sistem je, then check flight list, baru ada no flight tu. Aku beli air n kentang goreng sambil tunggu adik2 aku sampai. Mak aku selamba je sambil senyum...'pandai2 hang pun blh terbodoh kan???' hu~ ayat x tahannnnn... tapi memang la, aku tetiba jadi bodoh, x terpikir nk ke kaunter n bertanya, trs nk balik ngan bas je alternatif y otak aku jumpa. Seb bek sis3 bertanya soalan. So, otak aku blh start pikir balik...

Lepas rest otak jap, heart beat n blood pressure pun dah kembali normal, kami masuk n selamat sampai Penang ngan jayanya... Mak rasa perjalanan balik  kali  ni sekejap sangat, dia br lelap aku dah kejut nk landing. Maybe after effect kot. dia nyenyak tido otw balik tu... N sampai sekarang, bila pikir2 hal ni, aku still leh rasa jantung aku berdebar2...

Rupanya, sis3 siap dah call n gtau sis4 pasal hal ni, n diorg syer info ngan sis2. Hahahhaa... aku y otak jem x tau nk buat apa..... lgpun mls nk kacau adik2 y jauh. hahaha.... Sekali, hah hambek kau.. bergembleng tenaga dan akal betul adik2 aku ni... bagus2.. moga berkekalan cam ni sampai akhir hayat kami dan keturunan kami seterusnya...


ok, next entry kisah 2 pulak ye..... dah lama update cara malas, sekali update rajin, jenuh gak menaip ni ha... :)





4 comments:

Nastyna said...

HAmbek,sekali bercerita, berpinar mata I baca.

Nak share about air asia sikit, i pernah baca pasal dorang tak bagi boarding katanya tak sahih la apa la walhal orang tu dah check in sumer, sebab depa nak pau duit. SO be careful la with them, sebab ngan manager dorang pun involve sekali (hopefully pihak atasan air asia dah ambil tindakan on them).

zonaku said...

nas, i travel quite frequently on airasia, since their early days, in KLIA & this is my first experience.

harap2 x la alami lagi lepas ni. jahatnya diorg x bg boarding sebab nk pau duit, kang hidup porak peranda.. moga diberikan hidayah untuk kembali di jalan y benar. :)

julietchun said...

rumah aku ngan lrt sentul timur 5 minit je :D

zonaku said...

pesal x cakap awal2??? leh aku singgah rmh ko jugak.... hahahahaaaa... aku ke sana lagi 31 mei ni.

Followers