About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, April 25, 2013

Pasti mati v Pasti KAYA

:)

Pagi semalam, during staff meeting, tetiba bos contact aku mohon pertukaran lokasi untuk kunjungan bos besar2. Bos besar2 ni, memang besar, pangkat dan saiz. Bos besar aku kecik je, ni bos kepada dia, so, saiz memang besar2. Salah sorangnya, aku diberitahu practically life dia di hotel2. Scary??? Best??? Pendapat memasing.... Macam mana aku tau? Dalam rangka kunjungan tu, ada satu slot untuk dia ke gym.... so, aku y pemalas bersenam sendirian ni pun, buka la mulut bertanya... Serius, aku x penah terima tentatif yang ada slot senaman camtu selama bekerja ni. Something new kan?

Jadinya, aku turutkan saja untuk menukar lokasi, sayangnya, orang yang aku perlu hubungi tengah bercuti, hari ni baru dia masuk ofis. Email telah dihantar, cuma perlu follow up hari ni saja.

Petangnya, usai meeting pengubahsuaian, pembantu bos besar yang bersaiz kecik tu, (saiz bos, bukan pembantu, aku x penah lagi jumpa pembantu tu) hubungi aku untuk bertanya kenapa ada perubahan lokasi... urusan dia tertangguh sebab aku x dapat finalkan lokasi. Disebabkan soalan yang sama aku ajukan bpada bos x ada jawapan pagi tu, maka aku pun bertanya la pada bos aku. Apa yang x kena dengan lokasi yang aku setkan sebelum ni?

Jawapan bos aku.... 'B (salah sorang bos yang bertiga) kata masa dalam meeting pg tadi, mana boleh buat meeting di situ... makna nombor bilik mesyuarat tu ialah 'pasti mati'... minta nombor yang satu lagi, makna bilik tu 'pasti kaya'!'. Korang melopong?????

Aku pun sama.. memula melopong gak.. pastu aku gelak....

Bila aku bagitau pembantu bos besar... aku x pasti actual reation dia.. cuma reply dia pada aku.. :

don't blame on yourself, even I didn't discover this, they are just being superstitious
(ni aku kopipes actual ni-matikla kalau kantoi ngan IT n legal)

OK!!!
Masa untuk revise & tambah ilmu pasal culture & customs & superstitions... globally!





6 comments:

julietchun said...

hahahaha, alasan gitu pun boleh ya.

Yunus Badawi said...

Bos besar2 tu org Cina ke?

Apakah nombor pasti mati dan pasti kaya tu?

Yang saya tahu mati tu 4 dan kaya tu 8 atau 9

Nastyna said...

HAhahaha pelik pelik tentatif nya, tapi lagi pelik dengan kepercayaan-nya. Sampai meeting pun takeh nak bernombor "itu".

zonaku said...

juliet:

haah... dah nama pun bos.. layan je la karenahnya.. tapi cam kelakar je... kepercayaan orang, kene la hormat

zonaku said...

YB :
bukan... bos besar2 tu x penah jumpa lagi...

kalau nk tips nombor pasti kaya tu, kayakan saya dulu.. hehehehehee

zonaku said...

Nas :
manusia.... tiap orang ada cara dan gaya tersendiri....

pelik tapi benar. beri kita ruang berfikir dan sedar bahawa x semua orang sama.. juga blh belajar sesuatu yang baru.

Followers