About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Wednesday, January 23, 2013

Soal Jawab



Soalnya….



‘…… wei hang dok countdown apa?’
'apa cer?? hg duk kira apa?'



Semalam.



Setelah setahun, semalam, hari terakhir aku bekerja di syarikat tu.



Entah kenapa, sejak balik ke sini, aku ditawarkan kerja yang bertaraf kontrak saja. Rezeki aku barangkali. Dua kali ditawarkan untuk menyambung perkhidmatan.

Tawaran kali pertama, jumlah gaji yang sama, dan masih bertaraf kontrak.



Aku tolak sebab aku mahukan gaji yang lebih.



Kali kedua, syarikat semalam. Dinaikkan pangkat, pertambahan gaji dan ditukar kepada jawatan tetap. Sekali lagi aku tolak. Sebab?




Aku x mahu jadi manusia bermuka-muka dan berkerja tanpa keikhlasan. Juga aku tak mahu menghidap penyakit hati. Kurang bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Susah payah amik kolagen, skali kedut lagi teruk…




Berkerja di situ, pada mulanya sangat susah. Aku akui itu. Mana tidaknya, satu benda pun aku x tahu, tapi itu yang paling menarik. Aku start from zero. Total without any knowledge. Semua aku kene belajar, even terms yang sangat simple.



Sepanjang perkhidmatan aku, tenaga kerja yang resign adalah seramai 9 orang. Bermula January 2012 hingga November 2012. 9 orang. Alasan yang ada persamaan, tak mahu bila terlalu terkongkong, rimas dengan yang keterlaluan, dan ada beberapa alasan lagi. Tidak dinafikan, satu alasan yang nyata, tidak mahu berterusan dengan apa yang dihadapi.



Aku juga mengalami pengalaman yang serupa. Dan ada yang lebih dari itu. Tapi, dengan hasrat untuk teruskan bertugas, aku enggan mengalah. Sehinggai bila aku rasakan, aku tak mahu lagi mengalami tekanan yang merosakkan sebegini, langkah terbaik adalah untuk aku redha dan mengundur diri.




Tawarkan aku segunung intan, barangkali aku akan beri pertimbangan sekali lagi. Atau andai bertukar pengurusan, mungkin aku akan terus menyumbang.







Jadi, inilah jawapan kepada countdown aku di laman muka#buku.

4 comments:

azieazah said...

Solat isytikarah. Jika yakin utk pergi, melangkah lah keluar dengan yakin dan berani. InsyaAllah rezeki di luar sana masih banyak menanti...

julietchun said...

9 orang? Ramai tu.

zonaku said...

sy dah lama berkeputusan untuk pergi kak Azie...


ya... Insyaallah ada rezeki lain buat saya.. bumi Allah ini luas...

zonaku said...

ye juliet.. 9 orang SEBELUM aku, yang aku sempat berkenalan. aku yang kesepuluh...

jadi, faham2 sendiri la...

Followers