About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, January 4, 2013

Kisah New Year

mlm new year, aku terima panggilan bekas teman sekerja yang setakat ini masih tersemat kekaguman di hatinya pada aku yang mampu bertahan.

kemuddian menonton cerita korea di internet, sebelum melelapkan mata. terjaga jam 1.30pagi, aku susah nak lelap semula, sambung lagi cerita korea & drama adam & hawa. makin menjadi2 trend novel diadaptasi ke drama... duri, setia hujung nyawa, trilogi cinta.. ada few lagi kot y aku x hafal atau tengok. dan aku cari buku setia hujung nyawa sampai sekarang, x jumpa.. misplace atau aku dah sedekah kot... aku lelap selepas 4.30 pagi.

bangun di pagi tu, aku layan Diva channel. mula ingat nk keluar menderma darah awal, tapi postpone sebab kawan aku yang nak pegi ngan aku x bangun sampai kul 11 lebih. dia berparti whole nite, balik jam 5 pagi... so, memang x daya nak bangun la.. lepas solat zohor, aku bertolak. kali ni kecewa lagi sebab aku x berjaya jumpa lokasi. insyaallah nanti aku cuba lagi..

balik, melayan tv ngan mak... sampai la lepas asar, keluar kejap bakar sampah.  then sambung tgk tv. kelakar... mentang2 tinggal berdua ja, kami tengok tv seharian. aku mmg since pagi, mak pulak half day je.

tahun 2012, aku membuka ruang di hati. membenarkan tanah tumpah darah menunjukkan kehebatannya pada aku. bertemu semula dengan sahabat baik aku masa sekolah rendah. bayangkan, aku last jumpa dia tahun 1992. mungkin selama di sini, aku pernah berselisih dengan dia tapi saling x kenal.

Mungkin ini permulaan untuk aku terus berubah hati untuk terus berada di sini, tanpa perlu merantau lagi.~wallahualam...
Ya Allah, permudahkan untukku, dan lembutkan hatiku..

1 comment:

Masy said...

alaaaaaaa.. merantau laaaa ke s alam. hehehe

Followers