About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, June 5, 2012

Memuah Gathering : A Wedding Part 1

2nd June, Geng Memuah berkumpul untuk meraikan perkahwinan salah seorang ahlinya.

Sebagai Ketua Bahagian Utara, aku bertolak dari Penang hari Jumaat dengan menaiki bas jam 2.30 petang di QueensbayMall. Kalau baca entry aku sebelum ni, aku mengalami kecederaan kaki, terseliuh buku lali sebelah kiri. Makanya, kasut bertumit tinggi aku adalah di abaikan seketika. Pagi Jumaat tu aku main sambar saja 2 pasang kasut y tanpa tumit tinggi (flat heels). Hujan boleh tahan, so, sampai je pejabat, aku basah sikit. Sekadar darjah kemalasan menggunakan payung. Rupanya mengundang masalah.

Aku x check condition kasut y aku amik tu. Bila kena air, kasut tu koyak. masa sampai Sunway, aku lepak2 tunggu Masy yang sedang amik Bella, aku perasan kasut aku dah tahap sengih. Jadinya aku amik sepasang y spare dalam beg. Pun rupanya senasib. Inilah akibat terlalu yakin, Kasut bila dah lama x diguna, dah agak terdedah pada panas, adalah mereput.

Kelam kabut aku ke kedai kasut. Pilih y paling murah saja. Masih sejenis flat heels. Tengah try kasut tu Masy call kata dia dah sampai. Aku cuma suruh dia tunggu jap sebab aku ada masalah sikit. Siap beli, terus naik ke lobi dan kami teruskan misi SG.

daaaaaaaaaaaaa................. sambung nanti

8 comments:

Masy said...

baru smpi sini ceritanya, mmg alamat bersiri2 laa nanti ni hahaahhaaha

HEMY said...

mak aih..mmg kompem angker siri ni

zonaku said...

ala...... korang ni.............




patah semangat aku....

k.e.r.i. said...

sampai Krismas tahun ni pun belum tentu habis ni.


hahahahahahaha.

hang tau dak? pa dia? hang tau dak? pa dia? LOL

Aima Othman said...

hahahaha.hupdate2.

zonaku said...

keri:
pendengkis tahap putnam......



aima:
ilang semangat hapdate aku ngan diorg ni... hahahahhahahaaa

Jard The Great said...

hehehe.. laa.. ini je. =p

hope kasut tu masih bertahan smpi hari neh.

zonaku said...

jard:

mmg la bertahan lagi. selagi di pakai. bila kene simpan setahun ..... serupa jugak le nasibnya

Followers