About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, January 16, 2012

Ganja : Kanabis

Sudah 15 tahun aku keluar dari Perlis. Atas sebab yang x mahu aku ingat, aku banyak melepaskan kenangan zaman sekolah. Agak lama aku berperangai macam tu, sampai ada pencapaian aku sendiri aku tak dapat ingat. Sejak kembali ke kampung halaman, baru aku kembali berhubung dengan ramai kawan sekolah. Sebelum ni, aku cuma simpan nombor telefon saja, jarang berhubung, kecuali dengan yang memang betul2 rapat.

Open house masa Aidilfitri tahun lepas adalah yang pertama aku hadiri, yang diadakan di Perlis. Selama ni, mana2 open house di utara memang aku x pernah hadir. Yang di KL, aku hadir la. Jadinya masa berjumpa tu, banyak kisah lama keluar, sebab ada geng yang tak pernah berjumpa sejak keluar dari sekolah. Seorang kawan aku balik dari Jepun sebab nak bersalin, seorang lagi yang menetap di NZ pun kebetulan balik tahun ni, yang di Sarawak pun ada, jadinya, yang hadir dari kelompok yang susah nak jumpa, termasuk aku, yang meriah kalau di KL, balik kampung akan sunyi sepi.

Rupana 15 tahun juga aku tak bersua muka dengan yang di NZ dan Jepun. Perjumpaan tu jugak membuatkan aku pertama kali merasai sushi. Bahan dia semua kawan aku bawa balik, atas permintaan tuan rumah yang mahukan ada sushi dari Jepun. Tukang buat pula adalah kawan aku yang ikut suaminya (kawan aku jugak) bertugas setahun di sana. Bila aku mengaku itu first time aku merasa sushi, yang lain pun mengaku itu juga first time diorang. Semua malu nak mengaku rupanya. Nak makan di kedai, aku kurang yakin, ni kawan sendiri buat, mustahil diragui halalnya.

Salah satu makanan yang kami sembangkan ialah NASI GANJA. Iya, bunyi pelik? Tapi bagi kami, nasik ni kemestian tiap kali sesi outing. Time lelaki outing, kami pesan, vice versa, walau batch aku, boys n girls punya tahap perang berstatus perang dewata raya. Tapi bab pesan nasi ganja, boleh saja. Tapi pilih orang juga la. Sembang punya sembang, ada lokasi diberikan, tapi disebabkan musim raya, mustahil la makcik tu bukak kedai. Pulanglah kami dengan ala-ala kempunan. Lepas tu, berhubung juga pasal nasi ni laman muk*abu*ku. Sabtu lepas, kawan aku yang tinggal di SP, update dalam laman muk*abu*ku dia, dia dah jumpa, dia makan di situ, then beli bawa balik juga untuk bekal buat dinner nanti katanya. Kemain lagi dia.
Aku jugak kempunan!

Nasi Ganja, Repoh, Perlis
Kawan aku kata rasanya tetap sama, potion pun sama. Nasi ni dulu kami makan syer, sebungkus 2 org. Nasi, ayam goreng, kuah kari ayam.



perghhhhhh........ meleleh air liur!

8 comments:

Masy said...

amende nasik ganja ni sebenarnye? mohon penjelasan lanjut..

zonaku said...

pegi perlis n makan! nasik kuning, ayam goreng, n kuah kari. itu saja..................

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Ayam goreng tu nampak best . Kalau ayam goreng berempah, lagi sedap

zonaku said...

kata yang membeli.. rasanya still sama, disokong oleh y selalu membeli...


berempah atau tidak x pastilah pula prof, sebab dah 15 tahun berlalu since kali terakhir sy makan

Super Nia Hana said...

simple tu yg sedap.
mohon masy terus terliur.ahahahha

Erina Asmawani said...

nasi ganja? penah dengar..tp ena x penah rasa..tgk dari segi rupa, menggiurkan lagi nasi kandaq kot.ke rasa nya sama je kak? hehe

zonaku said...

hana:
ye... biar masy berterusan terliur


ena:
lain la kategorinya.

syah shah said...

aku suka nasi, kuah kari, ayam goreng dan sayur kobis... sayur memang takleh tinggal laa kalau makan kat luar... kalu takde rasa tak lengkap... tapi kalau kat rumah sebab masak sendiri, aku slalu skip pasal malas... haha~

Followers