About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, December 16, 2011

manusia

kadang kala aku macam tak faham sebab apa manusia sangat susah nak membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

sesi kali ini aku nak bercerita tabiat manusia yang aku jumpa. juga perangai aku yang aku rasa agak cerewet. kebersihan tandas. ya, aku dulunya akan travel menaiki bas. bermula zaman sekolah menengah lagi. tapi masa zaman sekolah aku belum betul2 cerewet macam sekarang.

sekarang, kalau nak naik bas ekspress, aku akan tanya dulu bas tu akan berenti mana untuk toilet break. kalau tak berenti kat hentian rehat, alamat aku tak akan naik. emergency kalu, aku pastikan aku x kencing selama perjalanan.

antara yang menyebabkan aku marah, aku pernah ke acara di hotel. agak berprestij jugak la hotelnya, dan majlis adalah dianjurkan untuk golongan yang bagus jugaklah, yang faham kebersihan punya manusia. sayangnya, diorang hanya faham bila dalam masa menjalankan tugasan, dan anak2 diorang rasanya tak diasuh dengan tatatusila yang sama. (guna jamban pun aku kira gak tatasusila, lantakla..) boleh la dengan selambanya kaum ibu (ye la, dah aku pompuan, masuk tandas pompuan) suruh anak kencing atas lantai. dah tu apa pulak fungsi mangkuk jamban tu? hiasan? ada jugak yang memang pandai guna mangkuk jamban tu, tapi salah pulak penggunaannya.. mangkuk jamban tu untuk diduduki, kalau nak cangkung, sila cari jamban cangkung yeeeee..... jangan nak rebut2 jamban ngan orang lain bila ko tak reti nak guna.

lepas guna, pam le bingai!!!! aku yang dah lima jam x kencing ni pulak nak kena tolong ko pam pe kes? pastu aku jugak nak kena lap supaya kering sebelum aku guna. kalau toilet awam yang ada sediakan lapis disposable tu okeh la jugak, kena yang tisu pun x provide, satu hal tau aku nak guna tisu aku sendiri.....

tandas berbayar, tapi tahap kebersihan masih teruk. macam sia-sia bayar memahal, tapi bila masuk, aku sekadar cuci tangan dan keluar balik. ya, aku cerewet. kesian aku kan?

eh, dah la. bercerita panjang karang, bakal dikutuk pulak keterlaluan...

errr.... agak2, kalau guna yang ini, perangai pengguna toilet bertambah sopan x? ke sama saja???



swarovski crystal studded toilet



sumber dari sini




pesana penaja yang ingin disampaikan, sila hormati pengguna lain semasa menggunakan tandas.

5 comments:

ckLah @xiiinam said...

Hmmmm, teringat masa ckLah jadi Pengerusi JK Tandas Sekolah dulu...asal ckLah berdiri di depan perhimpunan, mesti bercakap dan komplen pasal tandas, sampai digelar Cik Puan Besar Tandas. Diajar, diperingat, didenda...masih tak reti-reti. Tabiat buruk sungguh orang Malaysia kalau pasal tandas...

zonaku said...

yer..... sakit jiwa betul!

Syah Shah said...

lagi satu, smoking dalam toilet. especially kalau kat shopping mall, nak keluar jauh, jadi kau smoking dalam toilet... Phewww~~ Sesak nafas tau, sesaakkk~

zonaku said...

huhuu.. kalau toilet y busuk n kotor, rasanya bauan asap rokok y merosak deria bau boleh diterima........ untuk menutup bau bahan kumbahan

azieazah said...

Sampai pernah orang sebut, kalu nak tahu orang tu bersih ke idak, tengok toilet dia.

Followers