Memulakan hari kedua, aku sembang ngan anul & keri sebab aku akan tido di apartment diorang. Sambil menunggu erina. Cembam dah tido awal2, anul kata mmg cembam biasa tido awal, jam 9 dah offline dah. So, erina masuk jer, borak lebih kurang, terus kami masuk bilik. Kul 2.30, kawan aku sms. Then kul 4.30 aku tersedar lagi, dan dozzed on & off sampai la erina terima call untuk ke swimming pool. Mula tu wake up call jer kot, then call kedua minta bukak pintu sebab tombol (tombol ker?) belah dalam tu dah mmg sedia tercabut, x leh guna.
Balik apartment kami, erina sambung tido, jard, wafa, masy turun ke pool.
Aku lepak2 jer. Adrenalin tinggi, seronok terlebih, makanya aku kurang la rasa letih, even tido memain camtu jer malam tu. Cam menarik jer diorang kat pool tu, teringin gak tapi aku g kejut dulu keri yang tido berdengkur tak ingat dunia. Niat punya la suci murni, sebab dia ada pesan nk masuk pool jugak, soh kejutkan. Tengok dia tido, aku kesian, xder la gegar soh bangun bebetul pun. Skali petangnya dia kata ada dengar cam suara gergasi kejut dia. Ampeh betul!!!!!mmg #dasarputnam punya keri!
Elok aku turun sebab nak rendam kaki dlm pool, diorg dah naik, so kansel jer la. Naik atas, xtau nak buat apa sementara tunggu diorang siap, aku bersms ngan 13May.
13May yang turut menyertai kami
Then dah cerah, baru keri & anul turun pool. menunggu diorang naik, then bersiap, semedang jer aku sms ngan dia. Memula dia macam x mo datang, sebab dia kene masuk keja. So,aku pun dah give up dah. Pastu dia dah lalang bila aku kata nak ke Pulau Aman. Racun punya racun then tetiba dia call, pelagi, aku sakan la terus guna paraquat. hahahah.. tetengah meracun tu, skali ada polis da.. terus dia letak. Aiseh! Masy & erina dah salah faham ingatkan bf aku yang call. Then dia call balik, katanya nak join. Time tu dia kat tol sungai dua dah, dan kami masih di resort. hahahahaaa..... dengan kejam aku biarkan 13may tunggu kami di Shell Juru sambil gesa memuah sikit2 ja. Kul 9 kami keluar pun aku wat x tau lagi, tu lah, aku soh datang resort, x mo! Atas jambatan baru aku call dia. aku bajet dia masuk keja, x tunggu kami.. sebab lama sangat aku biar dia menunggu. Rupanya dia sangat setia menanti. Nak sampai aku call dia lagi, nak suruh dia naik van ngan kami, sekali dia xmo, disuruh aku naik keta ngan dia. Matilamak! Aku x penah jumpa dia! Haru! Disebabkan x cukup masa memujuk, aku redha jer la naik keta ngan dia. bukan dia boleh culik aku pun, sebab memuah semua ada.... nak explain apa2 kat memuah pun tidak. Aku dengar2 hujung telinga jer ada bunyik2 sumbang, tapi x berjaya jadik isu.. selamat lagi aku disitu.. hahahahaaa... sembang punya pasal, aku & 13May salah simpang. Dia la punya pasal, aku dok tengok signboard, dia sebut something yang sebabkan aku toleh ke dia, terus terlepas signboard tu, seb baik boleh u turn.
Sampai Jeti Batu Musang baru semua berkenalan ngan dia. Then apa yang aku cari2, ada di jeti tu..
cenderahati!
Memula aku plan, aku yang nak buatkan untuk semua, tapi kansel la sebab diorang pun mau buat untuk semua. Pilih2 button, then keri designkan rupa paras. Off we go tu pulau aman menaiki feri.. hahahahhahaaaa......
Wafa x puas hati sebab aku sebut feri sedangkan aku maksudkan bot. Dua kali dia sebut dan aku iya kan..
'ni bot tau cembam, bukan feri. ko jangan dengar dakyah si zona tu' <--anul explain dengan cara suami mithali pada cembam
13May kata dia x penah ke Pulau Aman jugak, tapi dia macam ok je aku tengok, ramai melayan, so aku biarkan saja, x perlu jadik host untuk dia.
keri yang over excited sampai ke Pulau Aman yang difitnah sebagai Pulau Ketam pada awalnya....
Sampai sana, ada few kisah berlaku, refer pada blog erina.
aku pulak, kene camdeq baikkkk punya ngan mamat yang jual ikan tu! Nak jer aku tolak dia jatuh ke laut. X ada udang or ketam, cuma ada belangkas ja. Aku x reti makan belangkas, maka aku diamkan saja. Rezeki kami murah, 13May belanja mi udang kami aritu. Paling untung ialah anul & erina sebab oder mi udang spesel.
terima kasih 13May, lain kali belanja lagi.........
Nak ajak jenjalan dalam pulau tu, tapi semua cam x mo dah, so, balik ke darat semula. 13May lepak kejap jer ngan kami di jeti, ada hal di BM, so off he goes. Sembang2 di situ aku ternampak logo jus buah pala, nak belikan untuk memuah rasa, sayang dah abes. Lum rezeki korang la, kene datang lagi ni.
psstt.. anul memang penyayang yang sengal. Ada dia boleh ajak cembam turun amik angin tepi laut tetengah hari buta. panas la.. sian cembam. Pastu dah air teh yang anul bebel2 dah sampai, dia melarikan air tu dari semua orang. masa tu la yang dia urut kaki cembam tu.... so sweet....!
siap je button tu, aku kecewa sebab button ijau yang aku berkenan sejak awal kene cilok dek keri. yang tinggal yang ini saja lah. x per, aku x kesah.... asalkan memuah happy.
masa ni jugakla aku perasan kehadiran rizman dalam hidup seorang bella.....
maka, kecewalah keri & anul dalam perjuangan merebut hati bella..........
Balik dari situ, memasing nak naik Feri. Keri & bella x penah lagi naik feri, layankan jerla walaupun lebih murah, cepat dan dekat kalau naik jambatan ke rumah aku, juga merupakan destinasi seterusnya untuk sesi 'makan buah moktan sampai batuk' oleh anul.
bagus ena... macam ni la semangat makan buah2an tempatansambil makan sambil tengok tv ditemani mak aku.....
sambung nanti lah............
22 comments:
hehehe.. dah dikenankan kat kak masy.
itu lah......
jap jard.. di'kenenkan' atau di'kenankan'?????
ape yg dikenankan?
aku nk jalan2 kt pulau tu senornye, tp sume org mcm x kosek je. lgpon sian kat cembam gak, aku nk bising2 pun terpause seketika. nanti laaa aku gi penang lg.. round pulau, pi muzium sume smpi pengsan. hahahahaha
xper...baru ada 'lain kali'....
kalau tidak, entah nak datang lagi ke tak ke sini...
hahahhaaaaa
ehh aku pernah naik feri..cuma 1st time naik jambatan pulau pinang..
alololo.. cumelnyaaa.. siap massage lagik... :D
bella: eh salah eh??? sori.
pnKompius:
ya.. sgt2 sweet!
- amboi sampai sebakul moktan korang makan...
muka ena dah macam antu moktan je tu..hahhaha
Kalo kak Masy xmo abg MayMay tu akak je la amik. Comel je abg MayMay tu. (Cehh..nak amik2 pulak, ingat kuceng ke ? haha)
camdeq tu pe kak?
Al:
ehh.. mana ada sebakul
dua bakul la............
erina:
haah.. ingat anak kucen ker???
camdeq tu cam dibahasakan ler...
oi..aku ajak cembam turun bawah utk duk bawah pokok la..best tu..tp sebab dia malas nak nek tangga balik..ahahahahha
kalau tak kerana aku nk terkentut..byk lagi dh aku blasah rambutan kawwwww
kalo aku gi restoran tu, ade tak makanan lain selain mee udang? pasal aku adelah elergik dengan udang... Hoho~
tengok keri buat aksi camtu, teringat masa aku gi Pulau Orang Utan dulu.hik2..
p/s: kesian makcik kat belakang tu kena blok.hehe
syah:
x penah la aku tau...
kat jeti tu ada la jual kerepek ape semua...
penyuk:
makcik mana??? kami jer pun masa ni
Ooo.. korang jer ek masa tu.
hmm... HAHAHA.. jard rupanya kat belakang keri tu.aku ingat makcik mana la tadi.hehe
sakan gelakkan org yer...............
hahahha.itulah kisah rizman.hahahaaa
sekadar itu saja..................
hahahahaaa
Post a Comment