About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, June 13, 2011

Akademi Fantasia

semalam, berakhirnya Akademi Fantasia

kisah aku melayan AF ni mula dari konsert yang mana Linda Nanuwil menyanyi lagu bunga melur & terkeluar, then ada AFMasuk tu. masa itu kami sekeluarga menonton di Johor, urusan peminangan bro1.

juara pertama yang mengenalkan istilah 'tiada pengalah'

juara kedua.... zahid, dalam diariAF, dia sangat selekeh, tapi saat menjejak pentas, dia memang bintang. lagu-lagu dari musim ini (lagu baru para finalist) semuanya aku suka. juga menyentuh jiwa.

juara musim ketiga. gelombang aura 'tsumawi' nya sangat hebat. lagu para finalist juga aku suka.

juara musim ke empat. musim ini AF mula dirasakan hambar sebab baru dilanda gelombang dimusim ketiga. juaranya juga sudah hilang. atau aku yang tidak peduli?

juara wanita pertama. suaranya unik bagi aku. aku paling suka masa dia dendangkan lagu melukut di tepi gantang, walau duduk di kerusi roda, persembahan nya hebat. sebagai anak kelahiran pulau mutiara, lagu barunya diberi judul persis mutaira, juga menarik, walau tidak meletup

juara wanita kedua, dimusim keenam. juga aku kagumi kehebatan vokal dan persembahannya. menyanyi atas sofa lagu don't speak? menarik! juga lagu duet bersama nubhan... aku sangat suka setting itu.

juara ke 7, masuk saja musim ni, aku dah kehilangan minat. mungkin sebab pengacara. ya, jujur, pengacara yang makin hambar. dan konsert final ketika aku tiada disini, menjadi tetamu jemputan saat itu. lalu, aku lupakan AF, diari AF juga jarang aku ikuti musim ini. hingga aku x perasan selama beberapa bulan, siapakah juara musim ini. saat mencari gambar ini juga, aku mencari menggunakan kata kunci ' juara akademi fantasia 7' bukan seperti yang lain, aku mendcari menggunakan nama juara. ya.. sekarang baru ingat, namanya hafiz. maaf ya kepada hafiz dan peminatnya...

juara ke 8, saat konsert prelude, aku bersama kawan-kawan. rumah aku jadi tumpuan masa itu, tapi ikatan persahabatan bukanlah lawan akademi fantasia. niat ingin menonton, kesudahannya peti televisyen yang melihat kami berbual-ketawa riang-bercerita.

kemudian, tiap kali konsert, aku akan terlelap. lepas beberapa konsert, aku berhenti mengikuti secara tetap.

dan musim terakhir, memang tidak mampu menarik minat aku kembali. walau pengacara kegemaran aku kembali mengacara, sayangnya, bisa akademi dah lama cair. di tambah pula berada disamping keluarga, hanya permulaan konsert saja di tonton, kemudiannya, beralih ke saluran lain, atau terus tidur.

konsert final, aku gagahkan juga menonton. teguran Ramli MS amat berguna untuk para pengurus pementasan, jangan keterlaluan dengan istilah 'kreatif' anda. ada yang masih perlu dihormati. lagu-lagu finalis juga tidak sehebat mana. aku perlu dengar lagi rasanya untuk menyukai lagu-lagu malam tadi. satu aku tidak faham, kenapa hazama pakai yang benda merah tu di lengan dia?? simbolik apakah? nazi???

apapun, tahniah hazama! sekian lama menjenguk peluang untuk menjadi ahli AF, akhirnya, berjaya juga menjadi juara, mungkin kalau dia masuk di musim terdahulu, pasti tiada peluang menjadi juara. ini lah rezeki namanya!

daya penarik AF? pendapat peribadi aku: aznil haji nawawi!

10 comments:

AI said...

...pun dah lama x ikut AF...baik la dah tamat...

julietchun said...

heran sangat ramai org sanggup berasak2 depan rumah kaca tu, aku tak rasa ada sesuatu yg menarik pun.

Aimi dan Pakcik Hashim said...

satu musim pon aku x layan
haha

Ku Tak Sempurna said...

ct nurhaliza musim mana eh??

hikksss

ymn said...

sama aah aku follow Af sampai mawi jer ..

pas2 dan x brp .

zonaku said...

al:
hahahaa...

zonaku said...

juliet:
ala.. macam ke zoo kot rasanya....

zonaku said...

aimi:
ko mmg, layan jer la pakcik hashim tu

zonaku said...

kts:
erkk.. x tau la plak..


bkn dia dah lama menyanyi ke?

zonaku said...

ymn:
lagi dasat dr aku...

Followers