About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, December 30, 2008

Ayat² Terakhir

Sebelum 2008 berganti 2009

ingin ku nyatakan di sini,
agar tiada lagi yang bertanya,
bacalah wahai kalian,
bukan aku tak mahu,
cumanya lihat sahaja di sini,
ini keadaan dunia hari ini

biar aku begini,
kadangkala melihat keributan hidup orang sekeliling aku,
aku bersyukur,
dalam sendirian,
aku masih disayangi,
dan aku masih mempunyai rasa kasih di hati

pahit hempedu yang pernah aku telan,
biar kekal rasanya di sana,
aku kuburkan tanpa nesan,
tanpa tanda,
keindahannya terbuai di ruang mata

manis madu yang membahagiakan,
bukan sepenuhnya milikku.

biar aku begini,
biar aku masih sendiri...

No comments:

Followers