About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, October 31, 2008

Cerita Kegemaran Saya

Saya amat suka menonton, bila ada rancangan kegemaran saya ini, akan saya cuba elakkan sebarang urusan lain selain dari menontonnya. Walau sampai saya perlu membatalkan temujanji dengan yang tersayang..


CSI.. saya pernah dilabel sebagai peminat-susah-mati rancangan ini..


.


.


Kisah-kisah saya dengan CSI nie,


.


.


KISAH SATU :


dulu saya bekerja syif, dan CSI bermula jam 9.00 malam, seusai tugasan di kantor. Jadinya, saya akan punch kad secepat mungkin dan terus pulang. Jangan ada yang cuba menganggu laluan, walau pun 'si dia'. Pernah satu ketika, teman ini memanggil saya, senyuman dan lambaian saya berikan, dan terdengar 'ari nie rabu, esok sajalah bicara dengan dia, CSInya dah start tu'. Jarak dari kantor ke rumah ialah 30 minit. Saya berjaya menepatinya dan menonton 30 minit terakhir.




KISAH DUA :


Bila bermula CSI ditayangkan pada hari rabu, maka, semua aktiviti menonton wayang 'super wednesday' dibatalkan serta merta. Hingga kini. Andai saya benar2 ada urusan, akan saya pastikan 'Supreme Sunday' saya tiada masalah. Jika tidak.. saya akan mencari ulangannya sampai jumpa.




KISAH TIGA :


Saya dah hafal semua episod dan siri CSI.




KISAH EMPAT :


Bila saya kelelahan, saya x akan menonton sambil baring. Biasanya saya akan duduk tegak. Dan bila duduk tegak juag akan menyebabkan saya terlelap, saya pernah BERDIRI sambil menonton. Bukan berdiri tegak sahaja, kena juga bergoyang atau ada pergerakan untuk mengelakkan saya tertidur sambil berdiri.




KISAH LIMA :


Rabu lepas, 29 oktober 2008, saya terlelap apabila baring, duduk jua terlelap. Saya menonton sambil menggeleng kepala secara berkala.




Jadinya;


AHAD nanti, saya wajib bekerja di waktu pagi, ada promosi.


Maka;


Saya perlu berada di rumah pada jam 2.30 petang selewat-lewatnya dan malam hari jua begitu.


.


.


.Grissom : Peminat serangga


.Taylor : Serius tapi penyayang


.Horatio : Bahasanya indah dan ada masalah ngan lutut kanannya


.


.


.


.


Saya peminat C.S.I. Ketelitian mereka menjalankan tugasan amat menarik. Semangat Kerja Berpasukan perlu dicontohi.






7 comments:

Ungku Nor said...

akak giler NARUTOOOOOOOOO!!!

hehehe

ad3ck said...

soalannys, kes ape yg berlaku dlm CSI season 2 episod 3? jawab jawab jawab ahahaha.

syah shah said...

aku pun minat sesangat ngan CSI... tapik, takdela extreme sangat cam ko... heheheh... papepon, CSI memang sangat bess untuk ditonton... :D

arianna adrizal said...

wah~ bebetul die hard fan la!!

zonaku said...

kakUngku:
naruto best.... tp dah slalu tlepas... ssh nak ikut la..
logo diorg best

ad3dk:
aku x hafal la urutan episod tu...1 kes ker 2 kes ar..?

syah:
blh kategorikan aku sbg extreme ker???

anne:
heheheeee...

ZARA said...

CSI!

my favorite ever....

zonaku said...

zara:
yes!

trimas coz sudi menjengah

Followers