About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, December 11, 2018

Rindu

Ya.. sangat merindui saat - saat menaip meluah rasa.
Kerana, zaman ber blogging sangat bebas dan terbuka. kerana saat itu boleh menjadi 'anon' dengan bahagianya. banyak juga perhubungan dengan golongan 'anon' hingga ada yang direalitikan.

Namun, zaman berubah.. Redha!.

Ingin bercerita tentang pengalaman pertama berlari menghabiskan HM. Half Marathon.  Kenangan yang sangat perlu di catatkan dalam media agar dapat dibaca di masa depan. Saat memori tidak lagi kuat, moga ada yang sudi bercerita semula dengan membaca apa yang tercoret di sini. Ini kisah diri sendiri, sebagaimana aku melihat dunia dan juga monolog2 diri.

Gambar2 kenangan juga perlu dipaparkan untuk kenang-kenangan.

25 November 2018, bangun saat jam berdetik menukar hari, dengan penuh debaran.
Bersiap dan terus melangkah hingga melepasi garisan penamat,

Pengalaman yang tidak akan mampu di beli di mana-mana.

Walaupun kurang 1 km yang di pintas kerana dilanda kecewa dan hampir putus asa, namun, syukur, Allah datangkan peniup semangat.

Persahabatan kadangkalan melepasi batas masa dan tanpa mengira jantina, agama dan bangsa.

Saat itu, jiwa sarat dengan rasa kecewa, putus asa, marah dengan diri sendiri dan cuaca dan pelbagai rasa saling berkecamuk, tunggang langgang pendek katanya.

Bimbang dan takut juga ada, celaru untuk buat keputusan.

Namun, Alhamdulillah, berjaya ke garisan penamat.

My personal achievement.
Pride & joy even missed the 1 km


No comments:

Followers