About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, October 23, 2014

Dunia..... (II)

Lantaran entry Dunia baru2 ni, dan ditanya pula oleh Daddy Ziyyad, (terima kasih sebab bertanya, moga Allah rahmati kamu), aku mencari semula nasyid misteri itu.

Berjudul Pengaduan pada Tuhan, oleh Nadamurni dari album mereka Yang Dirindu. Jujur aku tak pernah tergerak mencari asal usul nasyid ini, even lirik atau alunan penuh, tajuk pun aku x pernah ambil kisah. Selepas menulis pun tak tergerak hati. Lepas baca komen DZ, baru ada ikhtiar. Membaca dan menggali semula berkenaan Nadamurni, rupanya banyak nasyid yang sentiasa ada dlm minda aku berasal dr kumpulan ni. Ada juga dari alunan pelajar SMAP Labu.



Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda

Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya


Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

dan rasanya kenapa aku sangat ingat dengan rangkap itu ialah itu part aku alunkan masa majlis kat sekolah. Tahu sajalah zaman sekolah, macam2 aktiviti kena join. Between tahun 1992-1994, sampai sekarang. 20 tahun aku simpan dalam minda secara x sedar. hmmmmm..... lama tu. 

8 comments:

Wak Lat said...

Salam jumaat. Hee.

Dr K said...

TQ sebab cari asal lagu tu..
Saya mulanya pun agak mesti nasyid Nadamurni.

:)

Hana Syed said...

Lirik tu sangat bagus. Hana belum pernah dengar.. kalau cari di youtube jumpa tak agak2..

zonaku said...

3lalat:
dah selasa ni ha... :)

zonaku said...

DZ:
rupanya mmg byk dr nadamurni y saya tahu. dan saya baru tahu.

zonaku said...

Hana Syed:
selamat datang. klik link tu je... blh dengar. dan andai nk cari lagi lirik2 y lain, blh juga ke http://liriknasyid.com/

cik puan daun said...

Antara nasyid zaman persekolahan dahulu.. :)

zonaku said...

cik puan daun:
good ol' days

Followers