About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, June 23, 2014

Aku Juga........

terkejut dengan kes muhammad firdaus?

Ya, bacalah di mana2.. sana sini cerita kes ini. kes MH370 dah dipinggirkan.

Seperti komen aku pada laman muka*buku kawan aku, kelahiran anak ini ujian pada ibu bapanya, keluarganya, saudaranya, ahli kariahnya, jiran sekitarnya, ketua menteri/menteri besarnya, sultan/gabenor/rajanya dan seterusnya... sampai pada kita yang membaca dan menyebarkan kisah ini.

Ujian pada aku juga sebagai saudara seagama.

Apa yang kita buat? Ramai yang berkata/berbicara menghukum. Sekadar itu. Semata2 itu. Ada kita hulurkan bantuan? Tak perlu masuk suratkhabar atau hebohkan di media apa sekalipun.

Tanya diri kira sendiri (aku juga tertanya2 diri sendiri) .... Berapa ramai antara kita beristighfar bila pertama kali mendengar? Berapa ramai antara kita yang serta merta mendoakan untuk dia dan ibu bapanya? Berapa ramai antara kita yang benar2 ikhlas melawatnya di hospital, ataupun terniat melawatnya dihospital?
Berapa ramai pula antara kita yang ada anak sebegini dalam keluarga kita? APA SUMBANGAN KITA PADA AHLI SYURGA itu?

Mencerca amat mudah...... tahukah kita apa yang kita buat pada ibunya yang menyebabkan anak ini dilayan sebegini? Chain reaction-karma-kifarah-wheel of life... banyak terma yang kita pandai sebut. Tapi, tanya diri sekali lagi..... apa yang telah kita sumbangkan?

ehem.. soalan terakhir.... bila kali terakhir kita sedekahkan alfatihah untuk ibu bapa kita yang telah memelihara kita sejak lahir hingga sekarang?

Sibuk mengata orang, sedang diri sendiri tidak bersyukur dibesarkan dengan baik oleh ibu bapa sampai menjadi diri kita yang sekarang. Fakta hidup.... bukankah begitu?

2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Allah uji kita semua, dengan insiden ini. Hanya mereka yg melihat dgn mata hati sahaja, Alahamdullilah akan nampak

HEMY said...

kalau ye pun tak larat nak jaga..takkan la smpi letak kat bilik yg dh macam apa gitu..haishh

Followers