About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, May 30, 2014

renungan petang jumaat



Ok, tetiba banyak pulak habuk kat ofis ni....... ishhhh!!!!!

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”


Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah

tetiba rindu ayah.... 

1 comment:

Dr K said...

Kalau tak silap saya, Datuk Fadzilah Kamsah pernah beritahu....kalau tiba masanya mak/ayah yg call kita suruh kita balik, tu dah tanda2 awal kita nak jadi anak derhaka...Jgn buat parents kita tertunggu tunggu kita..

Followers