About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, October 7, 2013

KL Weekend Trip

Ke KL kali ni, y paling aku kurang gemar ialah bas pegi balik.

As usual, aku prefer Plusline or Nice. Dah lama gak x guna Nice sebab faktor harga. Better lagi harga Aeroline. Sayangnya route n schedule Aeroline adalah x seswai. Sebab aku x amik cuti Jumaat tu, untuk elakkan risiko ada last minute meeting or appointment, bas y selamat adalah y selepas kul 6 ptg.

Aku x balik rmh lps keja, dr ofis terus ke pick up point, di banguan CEO, tepi Vistana n Kayu Nasi Kandar. Beg ada dlm kete sis2, dia akan hantar lepas dia balik keje, cumanya nk ke CEO tu, aku ken figure up a way. So, bodek sana sini, ada intern team aku nk lalu situ, so aku tumpang je la. Last resort aku is amik cab.
Sampai ja situ kul 4 lebih, wifinya elok bangat.. apa lagi, sambung la buat keje. Walau masa tu semua managers aku dah x keje. Diorg pakat2 offline sejak lunch time.

Naik je bas, aku baca buku. Tapi sebab jalan tgh jem di ptg Jumaat, asyik sangkut2, so, pening adalah tinggi. Aku surrender lepas keluar dr Stesen Bas Sg Nibong. Better la lelap. Sampai atas jambatan dah OK sket. Dah lama x belek laut kan, so aku apa lagi, jenguk je la.. Masa tu dah area Kazambo kot, nampak la sekor dua obor2, then yang paling x best... laut kotor gila. Cam x caya sekotor tu jadinya... Ada botol air mineral, ada tin aluminium, ada gak semacam span, lebar cam tilam baby, macam2 la... ada gak aku nampak minyak y tumpah... So, sesapa y nak mandi area laut y mengadap ke Semenanjung, lupakanlah....
Sepanjang aku jaga ke hujung jambatan, aku dapat kira melebihi 20 ekor obor2.. ada y masik putih ada gak y dah kuning gelap.


Then diorg serve refreshment. Owh penumpang? 6 orang je satu bas tu. Dapat gak kad 4G. Valid sehari je.. sesapa nak, meh la amik ngan aku. Dah kasik kwn aku kat wdp smlm.

On off tido, aku layan je la cite y x best kat tv seat ( ke seat tv) tu. Seriously, citer dia mmg x blh blah. Bukan tahap kelas b lagi dah.. dah tahap ke laut dalam dah pun. Disebabkan berenti kat satu hentian ni, makanya bas ni delay la sampainya di KTM KL. Patutnya 10.30, tapi jadi kul 11. Masa half way tu, aku dah rasa lain, mesti ekon dia kotor..... huhuhu ~ very obvious stale air... kulit dah rasa lain macam. Lubang hidung pun x best...

Sampai, bro3 amik n tido rmh dia. Lps mandi, call Keri untuk confirmation, Dpt tau Bofy Fit dia cium montot keta orang...So, maybe akan lambat sket katanya.

Balik pulak, mmg lagi uji kesabaran.

Bas kul 12 or 1 x ada. Bro1 n SIL y hantar ke Stesen KTM tu, Dr situ, amik cab ke Pudu. At least lepas renovate ni aku x penah jejak pun kaki ke sana. Kurang gemar suasana sana sebenarnya. Sayangnya, bangunan sj cantik. Servis n attitude tetap sama. Kat tangga jejantas lagi 'ulat bas' dah kacau aku. Agak2 bila bas2 du Pudu ni blh dibeli tiketnya memalui online n basnya exist. hahaha... menggunung x harapan aku.?
Seriously, tahap servis sama, bangunan cam cantik sket sebab baru, lama2 nanti tgkla..... Then, KENA NAIK TANGGA nk ke kaunter beli tiket. Giler ko, kalau ko sorang2 n heret beg berat cemana? Or kalau ko bw baby ngan stroller n beg. Cemana tu? Aku harap ada lif y decent n clean. Sbb aku x cari lif, nak cepat.
Then trs trn bawah, ke platform bas. Katanya bas dah tunggu, kencing pun x sempat tau! Sekali, no bas ty tertulis ada, cuma bila aku nak naik ada lagi 'ulat bas' datang srh aku ke platform sebelah. Aku mmg marah, tapi kawal. Sebab ?
1. aku rendah. Platform tu tinggi dari lutut, korang ingat senang nk naik n turun? Tanpa kotorkan seluar?
2. Aku sakit belakang  la.................... seksa tau!!!!!!

7738 adalah no bas y tertera di tiket aku, tapi bas ni ke Pantai Timur, nyaris x ternaik. Then ada 1 lagi bas y no sama, plet utara, tapi tetap bukan bas y betul untuk aku naik
Ini as y aku naik, siap tulis War Museum Penang, tepi rmh aku tu... celah mana tah ada kompleks war museum pun x tau, war museum tu ada la. Milik Koperasi Pelancongan Bumiputera, driver bas ada lah lelaki cina y x la sopan sgt.


Ini tiket y telah ditukar oleh 'ulat bas' tu
12.30 kan???? Jalan kul 1, lepak kat Stesen Jalan Duta sampai kul 2 petang! Then aku dah mls nk berjaga, aku pejam mata n 'tido' sepanjang masa. Udara jgn cakap la, ngan bau minyak rambut few penumpang y lagi teruk baunya dr Tanco (?betul ejaan ni?) stale air.. Huhuhu.. nak nanges pun ada.
Then masuk Taiping, apa tempat tah, Medan ke mende tah, then sampai Hentian Juru, diorg tukar penumpang ngan bas lain. Semua y nk ke B/worth kene naik bas satu lagi, bas PJP 3815 ni ke Penang trs. So, aku sampai dlm kul 7 gak la kat rmh.

Dan sampai skrg, kulit muka aku tetap x brp ok.. sedey~

Dengan trip pelik2 bas ni lalu, aku rs kalau nk ke Kalumpang lagi sekali ni, Insyaallah ok ni. Tp mengenangkan penyiksaannya.... aku kene pikir lagi :)

7 comments:

julietchun said...

dah lama tak tengok obor-obor secara live, rindu.

zonaku said...

meh penang meh... byk tu kat laut..


aku pun rindu sebenarnya.. naik feri sambil kira obor2

Murni Alfathunnisa said...

paling tak suka naik bas kat pudu...very the leceh. lebih baik kat duta. so bas pegi tu naik apa..super nice ke..? nice seat dia comfy sikit..plusliner selalunya jadi pilihan. oh rindu KL.

zonaku said...

Amik NICE.. ada Imperial NICE kalau trip kul 3ptg.. RM 130 kot, baik amik flight. Cepat sket

t.a.t.a said...

juliet, kau pernah kena sengat dengan obor-obor tak?

zonaku said...

ko penah ke t.a.t.a?

t.a.t.a said...

x pernah. tapi kenal satu orang tu, dia duduk pun di laut. selalu kena sengat. tapi ye la kan, nama pun alah bisa tegal biasa.

Followers