About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, October 21, 2013

Ilmu-Ilmu-Ilmu

Hujung minggu lepas, aku sangat suka.

Ya, (despite-hal-perangai-manusia-yang-aku-menyampah-tahap-gaban:perangai-bukan-orangnya,-tapi-kalau-x-ubah-perangai-mmg-orangnyapun-bakal-aku menyampah) aku habiskan hujung minggu dengan best. Aku dapat ilmu baru, motivasi diri yang baru. Makanya......

Aku tengah mencari keberanian untuk memulakan langkah. Satu hal aku dah memang sedang merangkak, hal yang satu lagi ni, adalah sesuatu yang memang sedia ada dalam aku, cuma, macam biasalah. KEBERANIAN aku x cukup lagi.

Ingat senang nak mulakan langkah? Tapi kalau x melangkah, mmg x ke mana. Alangkah indahnya kalau ada yang membimbing langkah aku. X perlu pimpin tangan pun, sekadar berdiri sama atau selangkah didepan dan check langkah aku sekali sekala. Atau pun pimpin langkah pertama aku dari angkat kaki, jarak langkah n letak kaki. Satu cycle dah cukup, InsyaAllah, bagi aku.

Macam dulu, aku antara yang sangat malu nak bercakap depan orang. Aku  boleh bimbing & tunjuk cara pada kawan2 aku bercakap, asal jgn suruh aku bercakap depan orang ramai. Aku x boleh. Tapi, projek hujung tahun after PMR buatkan aku terPAKSA bercakap.Ada banyak aktiviti di sekolah lepas exam PMR tu, ada pertandingan tarian, nyanyian aku x pasti, ada gak aktiviti keusahawanan, buat mural apa semua. Memang banyak, mengisi  masa persekolahan la katakan.  Apa gila, untuk sesi debat BM & BI, cikgu aku tetapkan syaratnya, tiap kumpulan kena ada lelaki n perempuan. Kami lawan antara kelas tingkatan 3 masa tu.

Elok2 dah kelas aku set up debat BM-pompuan, BI-lelaki, tarian-pompuan, then ada apa tah lagi.. Kami bahagikan ada y lelaki buat, ada y perempuan y buat. Bila dah kena ada satu team debat ada lelaki dan perempuan, haru biru plan aku. Sebabnya, dalam kelas aku, aku antara y pandai BI. So, nk berdebat, korang agak apa? Ya......................................... aku la y dihulur ke depan oleh kawan2 pompuan aku. Marah betul aku masa tu. Teks y aku sediakan untuk kwn lelaki, aku sendiri kena guna.

Dan aku dah warning kelas aku, aku bercakap, tapi aku x suka. So, aku memang akan abaikan tonasi apa semua. Aku hanya akan kemukakan fakta, tanpa percubaan lain. Masa tu, cikgu aku tu kelihatannya kecikkkkkkkkkkkkkk ja. Seriously aku mmg x puas hati pada dia. Sampai ke sudah aku x bcakap dah ngan dia dah.

Tapi, itu adalah kali pertama aku berada di depan sekumpulan manusia dan bercakap. Lepas tu, aku masih cuba melarikan diri, bekerja belakang tabir. Lama kelamaan, aku x boleh sabar dah. Ada orang y aku ajar, sampai ke sudah, dia x pandai bercakap, so, daripada terus gagal, better aku sendiri y bercakap. Alhamdulillah, aku sekarang x malu or segan sgt bercakap depan orang. Bersyukur aku pada cikgu tu yang memaksa aku bercakap. Pengalaman pertama tu.

Eh.. melalut pulak kan? Ya, ilmu aku dah ada, secara teorinyalah.... nak mengorak langkah pertama tu..... Moga Allah permudahkan, dan moga juga ada y sudi membimbing aku ke jalan itu.....


5 comments:

t.a.t.a said...

kenapa orang suka cakap benci tahap gaban, marah tahap gaban. famous kan gaban ni.

pagi tadi dengar hotfm. mamat umur 29 tahun request lagu Gaban. tapi bila dengar lagu tu, wah memang best loh.

hahaha.

zonaku said...

hahahaha... aku mmg tgk gaban masa kekecik dl. Lebih senang sebut saban dr kesatria baja hitam walau hero kesatria tu lebih hensem. hahahaa

Aku pun dgr tadi. tp x sempat dengar lagu tu. Lagu tu mmg sedap. aku teringin gak nk tgk si akira punya rupa tu.

t.a.t.a said...

aku pun lebih suka si baja hitam. tapi lebih ramai lagi yang suka gaban. agaknya sebab senang nak sebut kot. gaban.

gaban.

gaban.

hahaha

julietchun said...

aku pun suka gaban :D

zonaku said...

hahaha..semua fokus ke gaban dah .....

Followers