About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434H

Ramadhan datang lagi.

Selamat berpuasa semua ya.. Macam malas nk ucap segala macam, sebab sana sini org letakkan ucapan pesanan segala benda. Kira sama je la ucapan semua tu dari aku.

Ramadhan kali ni, salah sorang ahli #Memuah ke tanah suci menunaikan umrah. Semoga selamat semuanya dan insyaaallah, panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan dapatla aku menjejakkan kaki ke sana lagi, menjadi tetamuNya.

Wallahualam, tapi kekadang aku rasa ..... eh.. biar je la. Siapa yang x nak dijemput menjadi tetamu bertandang ke sana bukan?

30Syaaban, sehari sebelum menjelmanya bulan penuh maghfirah n barakah ni, isteri sepupu aku meninggal dunia. Meninggal dalam tido, sepupu aku bangun subuh, dia masih tido, then masa anak dia nak pegi keja, jenguk bilik, mak n ayah tgh tido, so dibiarkan la... Rupanya, masa tu mak dia dah selamat pergi menemui penciptanya. Sepupu aku menggigil masa call adik dia datang rumah. Dia ada sakit jantung, syukur dia x apa2. Satu maklumat baru pada aku, sudden death pada umur dibawah 50 tahun kena buat post mortem. Disebabkan Arwah Kak Mah ada sejarah stroke tapi dah recover, and latest development is tekanan darah dia dah elok, so, adik dia ke GH Balik Pulau untuk mohon doktor sahkan apa semua dan balik ke balai mohon untuk x perlu semua tu. Semua yakin tiada perbuatan khianat. Dah sampai masa dia...

Urusan pengkebumian selamat disempurnakan selepas Asar.

Masa sahur malam pertama tu, bro2 gtau, ayah kawannya meninggal selepas Asar. Jadinya dia ke rumah kawan dia menziarah. Arwah pak cik tu meninggal akibat masalah hati. Dia selalu refuse untuk ke hospital, tapi hari dia meninggal tu, dia akur pada permintaan keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital, dan belum pun selesai semua ujian untuk penyakit dia, dia juga telah dijemput untuk kembali.

Dekat sangat Ramadhan, tapi kedua2 arwah x sempat bersua.... Itulah kisah hidup.... Ajal maut, perjumpaan perpisahan semua adalah aturan yang maha Esa. Kita pula hendaklah sentiasa redha atas ketentuanNya.


Syukur ditemukan kita dengan Ramadhan kali ini, moga semua ibadah kita dilakukan dengan ikhlas n diterima....

Aku terjumpa jemputan tr Yayasan TAAT pasal acara bersama anak yatim, tapi rasa jauh sangat pulak nk turun KL. Tapi bersekali juga tariknya dengan acara iftar #memuah.. Tengokla dulu.. baju hijau dan kuning pun ada ni kalau nk amik famili pic versi #memuah... :)

6 comments:

Masy said...

selamat berpose zona! klu ko bole turun sini nk berbuka tu, bagitau laa ok

zonaku said...

insyaallah...

julietchun said...

aritu sedare meninggal dalam tido pun gitu gak prosedurnya.

zonaku said...

rupanya gitu prosedurnya....
tapi alhamdulillah dilepaskan x yah buat... :)

k.e.r.i. said...

Jom lah turun KL.
Nanti kang meroyan tengok gambau raya kami.

HAHAHAHAHAHAHA.

zonaku said...

khianat ko...jadi eh?

Followers