About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, January 18, 2013

Selasa, 15 Januari 2013

Dengan semangat waja, aku dah lama plan nk cuti separuh hari. Lagipun blh abiskan cuti yang setengah hari sebelum abiskan baki yang lagi dua hari tu minggu depan.


Aku plan untuk 2 xtvt, tapi jadi 3, yang aku x sangka2. But it was nice.

1 : Derma Darah.

Sebagai regular donor, dah lama aku x menderma since 27 May 2012. First time aku cuba menderma, ialah hari aku nk bertolak ke Bali. Pepagi tu, aku angkut mak p GH, dengan harapan blh menderma. Dah la almost sejam mencari parking yang dekat ngan Tabung Darah. Bila check hb, mula2 12.3, then 12, then 12 jugak… mmg x lepas la… Tapi masa tu aku rasa sebab aku baru abiskan puasa ganti. Maybe badan x brp cukup nutrient. Mana tidak, aku habiskan gantian semua sekali.

Balik dari Bali, aku cuba lagi. Kali ni di PISA. Pun gagal dengan berjaya…. X sampai 12 pun kalau x salah aku. Lepas tu, minggu last sebelum new year, aku ke GH sekali lagi. Kali ni aku kecewa dalam kebodohan. Mana bukak.. hari Sabtu! Ceh! So, new year 2013, aku ke Sunshine Sq. Katanya ada kempen kat situ. Susah payah aku cari parking, lokasi kejadian x jumpa… kecewa lagi di situ..

Jadinya, aku bersedia sekali lagi untuk 15 Jan. Lepas lunch ngan officemate, aku terus ke GH. Alhamdulillah, kali ni, hb aku 13.9!!!

Macam dulu2, lepas derma aku mmg sihat2 je. Lepas rest, minum n snacking sket. Aku nk gerak balik, tapi badan pulak dah rasa lain macam, kepala aku nk ting tong dah. Aku ke toilet dulu, buy time orang kata. Then, rasa cam ok. Keluar je, kene panas tengahari tu, aku rasa nak muntah. Masuk keta, aku standby je in case aku pitam. Start driving, aku mula berpeluh, nak gelap mata… aku slow2 je, sampai depan rmh Gabenor, dah x peluh dah. So, kiranya dah ok. Sampai Masjid Negeri, cam biasa jem… pun aku risau gak. Cam pening2 lalat gitu. Apa lagi, aku longgarkan semua pakaian, bukak tudung, untung cermin kete gelap ni camni la, x ketara pada org luar. Aku dah siap2 unlock keta dah. Mana la tahu, kalau betul2 aku pitam, senang org nk buka pintu keta, selamatkan aku. Alhamdulillah aku selamat sampai rmh dlm kul 3.30. Cousin aku pulak ada kat rumah, dia dtg sembang plus gossip ngan mak. Selalu aku mmg akan join sembang sakan, tapi badan camni, aku x daya. Tegur dia lebih kurang, usik Sara sket, aku pesan ngan Farah soh kejut aku kul 4 ptg. Masuk bilik aku trs baring n lelapkan mata jap.

Kul 4, aku bangun sedang elok Farah masuk bilik nk kejut aku. Buatkan air untuk cousin aku, then aku mandi n bersiap. Tengah nak makeup, nak apply eyeliner, tetiba aku pening n nak pitam lagi sekali, berpinar bijik mata. Ahhh.. sudah…. Aku baring semula & call kwn aku kata y aku maybe x blh p. Dlm 10 min kot, dah ok.

Aku teruskan bersiap n keluar rmh. Mmg terasa badan x kuat, tapi aku gagahkan diri. Aku x gitau mak pun. Kang dia x kasi aku drive. Lagipun dia tgh rancak sembang

Dan sila jgn kata aku degil OK!!!! Itu blh mendatangkan kemarahan tahap dewata raya.

TIPS : bila kita nk pitam tu, memula akan rasa berpeluh seram sejuk, then mata akan mula nampak bintik2 hitam kuning (sila imagine cam dlm katun), dan pandangan bertambah gelap. Haaaaa… itu lah rasanya, kalau y x penah la…. Kalau dah penah, dah tau la kot… owh, kita leh dengar org sekeliling, tp x leh buat apa2… sebab dl junior aku siap bacakan yasin kat tepi telinga aku….

2 : Berjumpa ngan blogger.

Ok, sejak balik ke kampong halaman tanah tempat tumpahnya darahku ni (bak kata Ustaz Don), aku x penah terpikir akan berjumpa ngan blogger. I mean blogger friend as new friend. Errr… berkenalan or mendapat kawan baru di kalangan blogger, x kira la samada blogger tegar or blogger baru. Masa #Memuah holiday aritu, aku jumpa ngan En13May, blogger femes y skrg mmg antara kawan aku di sini. Tapi lepas tu, aku mmg x penah dah terpikir nk jumpa sesapa. Aku ada baca few blogs, n aku kenal diorg di alam nyata, Cuma diorg x penah tau siapa aku.

Kebetulan blogger ni adalah rakan penderma darah, dan aku asyik x blh derma kebelakangan ni. Bila kali ni blh derma, aku sgt happy dan aku update dia time aku tgh derma tu. Tgh aku pening2 lalat x leh nk make up tu, dia reply.. then bersms lah kami. Ms aku otw nk ke seberang untuk event mlmnya (punca aku amik cuti sekerat hari), aku gtau la dia. Trs dia kata nk jumpa sebab dia dah di area destinasi aku. Heheheh…. Cuak tetap la cuak, maklumla dah x sdp badan, then x penah terpikir pun nk jumpa kenalan baru. Nervous, malu, semua ada. Then aku pikir balik, apa salahnya… Cuma disebabkan aku y bersiap x mcm org nk jumpa org ni, aku ajak dia jumpa di surau. Senang sket, bajetnya aku nk trs msk surau, solat n trs bersiap sebelum jumpa dia. Malu ok nk jumpa org muka pucat cam br kena hisap darah dek pontianak.

Skali, me being me.. sesat jalan.. hahahahaaa… Kantoi di situ. Sampai je, dia mmg tgh tunggu kat entrance nk ke surau. Tegur je la.. trs msk surau n solat asar. Disebabkan awal, kami decide mkn je la. Dia actually nk ke kedai pancing, n aku nk ke event. But anyway, apa salahnya berjumpa kejap n berborak.

Masuk je burger king, aku kantoi lagi sekali. Jumpa cousin aku. Ampeh! Mesti lps ni dia gtau mak sedara aku yang aku g dating. Nasib ler….. laki org kot, cari pasal la nak dating bagai.

Dan seperti yang aku jangka, dalam nervous n x sedap badan, aku blh bersembang dengan baik. N macam kenal dah lama… borak2 jap, kami berpecah n bertolak ke destinasi memasing. Thanks for the meal ya… moga jumpa lagi!

Pssstt... again, he likes my voice! & he let me know about it! Hahahahahahaaaa….. dia lum dengar aku merapu meraban gelak besar ngan #memuah or mengamuk marahkan rakyat2 aku…

3: BERANI vs TAKUT
Ye, ini tujuan asal aku amik half day hari ni. Aku seorang penakut dan juga jenis kurang kuat semangat, tapi aku beranikan diri. Mungkin ini bakal mengubah segalanya… InsyaAllah!

Event dimulakan ngan chicken dance. Memang la jenuh aku nk buat. Tangan rasa sgt vulnerable, plus pening2 lalat aku masih ada, cuma sekarang tahap renga je, bukan lalat dewasa. Lepas tu orang lain berdiri, aku duduk jugak kejap2, bkn x hormat, tapi kang kalau pitam ke rebah ke, kan malu kaum kerabat.... 

Habis dlm kul 12 lebih, aku pecut je driving balik. merasa jugak la speeding 100km/j atas bridge, something y ssh nk buat, esp lps eksiden (y aku trauma sampai skrg). Sampai rmh, basuh kaki, tukar baju apa semua, aku check jam kul 12.55.. hahahaha.. giler laju sebenarnya aku bw keta...

yes! it is my 25th... still a long way to go & reach 100..... 


3 comments:

azieazah said...

Kak Azie pernah frust sebab check darah kurang zat besi, so gagal nak derma. Padahal semangat sangat sangat nak derma.

Pasni harus nak cuba lagi.

julietchun said...

penang takde aes ke? :D

zonaku said...

kak azie:

sy mmg masalah sket... biasa kena jaga mkn betul2 sblm derma... tu pun mmg sipi2 je selalu.....

juliet:
ntah, atas bridge x de kot... semadang je jem.... jarang le nk org leh speeding. blh buat lumba lari untuk kura2

Followers