About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, December 24, 2012

Ustaz Don, kasut & kain....

Minggu sebelumnya, aku nampak banner pasal ada ceramah agama di Masjid al-Huda, Sungai Ara, penceramah adalah Ustaz Don. Masa nampak banner tu aku dengan mak aku, so, aku propose la kat dia. Kot2 dia nak p. Dan, dia memang mau sangat la nak p. Penceramah yang diminati la katakan.

So, pada hari kejadian, 23 Disember 2012, kul 8 kami sampai. Siap solat tahiyatul masjid, kami (aku n mak) serta semua jemaah tunggu ketibaan penceramah. Aku ingatkan kami akan jemaah sunat dhuha, rupanya tidak. Ada salah faham bagi aku di situ. Makanya, masa Ustaz Don baru nak mulakan ceramah, aku solat dhuha dulu.

Then sambung dengar ceramah. Berkisar al-kisah Hijrah. Seronoknya, disebabkan Ustaz Don orang Penang, makanya,ceramah dia mudah untuk kami fahami, menggunaakan bahasa utara. Kalau di TV, penggunaan bahasanya agak terbatas sebab ada beberapa term yang perlu dia translate, untuk pemahaman semua penonton, tapi kali ni, memang bahasa utara dia pekat habis. Tak perlu translate, sebab aku rs dalam 80% yang hadir paham.

Antaranya, masa intro, tetiba aku dengar dia sebut pasal 'chamdekkk', kendian, di tengah2 ceramahnya yang melibatkan pasal paderi yang bertemu dengan Saiyidina Abu Bakar sebelum dia memeluk Islam, kata Ustaz Don, para sahabat nabi telah diketahui/tertulis dalam kitab terdahulu, sedangkan kita sekarang ni, apetah, kita x ketahui lagi samada rambutnya 'stret ka, kerinting ka, melengkoi ka... kalau orang tanya melengkoi tu apa, sy kata ini dalam kamus oxford jilid 3' aku x sure la pulak betul ke tidak, tapi setau aku, melengkoi tu, korang relatekan dengan 'coil'. adelah sikit2 kaitan dan rupaparasnya.
Ustaz Don Daniyal

Alhamdulillah, mak seronok dapat dengar ceramah Ustaz Don secara live, ilmu kami dapat, sayangnya aku x pandai nak cerita balik.

Sedikit yang aku blh kongsikan ialahh, Saiyidina Abu Bakar suka mengikut/mencontohi apa yang nabi buat. Dan juga dia melakukan apa yang nabi buat, sampaikan dia meminta izin dari nabi untuk berucap dari atas bukit Safa. Saiyidina Umar pula memeluk Islam dan mengiringi nabi dan semua umat Islam keluar dari persembunyian dan secara terang-terangan solat & mengaji depan Kaabah. Dan ayat 1-16 Surah Toha boleh digunakan sebagai pelembut hati.

Ustaz Don pesan, carilah buku terjemahan pasal kisah riwayat para sahabat. Banyak dah terdapat di pasaran. Hikayat Sahabat kot x salah aku....

Usai ceramah, kami menuju rumah ustazah mak aku pulak di Teluk Kumbar. Sampai saja, aku nak la tukar selipar yang aku pakai tadi dengan kasut yang lain. Cari punya cari, sebelah hilang! Sudah! kasut tu sedap pakai! dan masih elok lagi pulak tu.

Lepas makan kenduri, kami patah balik ke kawasan masjid, mana la tau kot2 jatuh masa mak keluar kereta. Pun x ada! Kat rumah pun x ada! kat area kedai nasik kandar y kami pegi mlm sebelumnya pun x ada.... Misteri!
Hilang sebelah.....


Destinasi berikutnya, kami ke Kamdar, mak nak beli kain lining untuk alter jubah Adik aku yang dirosakkan oleh tailor kedai pengantin tu. Dah tu, masa dah bayar, mak kata ada nyonya kata kat mak aku ada kain murah2 kat bahagian depan, kami pun p tgk. Memang best. rambang mata! Cotton ada yang RM3 semeter, ada RM6 semeter & ada RM 5 semeter. Aku amik 3 pasang, dengan harga RM54 je. Mak amik few meter untuk buat baju kurung kedah dia. Total dalam 18 meter dengan harga RM75, berbaloi2!

Terima kasih Kamdar....!

Then mak aku kata kalau nk upah, 3 pasang dalam RM180, jauh mahal ngan harga kain, so, adalah lebih baik aku belajar jahit sendiri. hhhmmmmmm.... boleh dipertimbangkan....

Then timbul idea nak realisasi anganan aku nk jahit sendiri sarung kusyen rumah, harga kain dah murah dah.... tengok la cemana nanti.... insyaallah!


2 comments:

azieazah said...

Kak Azie lebih suka dengaq ceramah Ustaz Don dalam bahasa Penang. Cheq peham bahasa Penang!

zonaku said...

sy mmg sokong abih la kak, sbb mmg sekampung la ngan dia...

selamba ja dia kata, 'hampa mmg la mau lama2, bukan hampa yang cakap, aku ni ha....'

Followers