About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Wednesday, May 30, 2012

Oh, TiDAKKK!!!!

Sabtu lepas, aku ke majlis kenalan.
Dah lama x berdikari menjelajah kawasan. Kali ni aku bawa faris n mak as peneman. Sis2 mulanya nak ikut, tapi kansel sebab dia bawak Farah ke acara. Abis lewat, jadi, kansel saja. Sara tinggal ngan Acu dua. Acik pulak pegi majlis nikah kawan dia.

Dari Penang ke Kuala Ketil aku x ada masalah. Hebat!! X salah walau pun satu simpang.

Selamat Pengantin Baru... Semoga hidup makin berbahagia
Dari Kuala Ketil aku sesat! Sebab, berperang mulut ngan Faris, then layan sms. trs silap simpang. Di kawasan Sungai Petani y aku kurang arif. Berenti jap di Petronas, nak release stress, sekali bertambah stress............ Faris nampak mainan. Aduhai.. air pun dah x nak. Mak heret ja dia balik ke kereta masa aku bayar harga air. Then, masuk ja keta ngamuk sakan dia. Dari mula journey sampai tiba rumah, dia x mahu duduk di seat belakang. Membebel dia 'makchaq gitu...' makchaq gini...' 'tengok kereta race itu....' ' nampak x dia kat side mirror...' ' pasai apa kena ada cermin kat depan kereta...' 'x mau tidoq.... tidoq tu bukan syiokkk pun...'...... Kalau x biasa, mesti makin menambah stress. Tapi dah itu resmi dia bila ngan aku, makanya.... hilang bosan driving. x mengantuk pun, walau drive tengah panas. Mak lena lepas keluar dari kedai minyak. X kuasa nak melayan bebelan Faris.

Sampai kat Lebuhraya Lim Chong Eu, or lebih dikenali ngan nama Pantai Seagate, ada eksiden depan astaka tu. Ingatkan ada roadblock, rupanya eksiden bas kilang. Kiranya ada dua eksiden minggu lepas. Jumaat malam tu kat Balik Pulau, bas terjun gaung kat bukit baru, Sabtu petang pulak kat Seagate.

Ahad, aku ke program derma darah di Setia Pearl Island. First Hb, 12.2, x passssss.... Kali kedua, 13.6! So, berjaya menderma. Tapi kali ni agak kurang sedap badan lepas derma. Sampai rumah, Farah tengah cuci kolam ikan ngan Acik dia. Kawan Acu ada letak lagi 3 ekor ikan kat kolam tu. Bila aku jenguk besen tu, cuma nampak 4 koi, n tau ada satu lagi ikan MPPP (ikan lumut). Faris panggil dia 'ikan pipipipi'. Acik pun masa yang sama check ngan Acu... dah semua kelam kabut cari sekor lagi. Rupanya yang sekor lagi tu puyu... dah la kecik, kaler hitam. Bila Acik sauk buang daun dari kolam, tersauk dia sekali, dan dibuang di atas pasir. Acik alih2kan daun semua, jumpa la dia. Redha ja dia kena buang. Kalau ikan lain, mesti melompat2 bila terkeluar dari air, ni agak dlm 5-10 minit jugak kena buang. Dia diam2 saja... jadi nama dia 'puyu redha'. Sihat sampai sekarang.
'ikan pipipipi' si Faris ~sekadar hiasan~

Aku pulak, dah jumpa 'puyu redha', masuk dalam rumah sebab dah rasa seram sejuk dah badan. Baring terus atas sofa. Lena lepas derma darah ni sangat 'deep sleep', sampai nak gerak badan pun cam x berdaya. Aku dapat rasa, kaki aku macam salah position. Tapi x daya buat apa. Mak pulak ajak aku hantar dia ke kenduri doa selamat, so, bangun n hantar dia, balik, sambung lagi. Then, diorang setel pasal kolam, kami bersiap pegi kenduri kawan Acik.

Kaki aku, memang macam ada yang x kena. Tapi x ada apa2 bengkak pun. Then, tadi, di pejabat sangat sejuk. lepas solat zohor, sejuk makin melampau. Jadinya kaki kiri aku mula sakit. Sakit sangat2. Jalan pun dah hencot2. Balik kerja, aku ke bank kejap. Wah, masa ni driving, rasa macam, 'alangkah bagusnya kalau cikPuteri ni adalah sejenis kereta auto'. Bukan sengaja merungut, tapi tekan clutch pun cam sakit sangat2. Aku syukur dengan adanya cikPuteri.

Sampai rumah pulak, remote astro aku hilang.
yang di kiri... dimanakah dikau??? Yang di kanan, kenapa kau x boleh menggantikan yang di kiri????

X dapat dikesan sampai sekarang. Tengok esok mak akan interviu Faris semula. Tadi mami dia interviu, dia kata da belakang tv, tapi kami dah cari seluruh hall rumah, x ada. Sambil layan astro oasis, mak urut kaki aku... huhuuuuuu... sementara waktu ni , "selamat tinggal high heels ku... sampai jumpa lagi" memang sangat sakit, dah ketara bengkak kat buku lali. Esok pegi keja pakai selipar!


Dah tu cemana nak ke kenduri Wafa pakai vouge2 kalau dah kena guna selipar??????? Abih la sesi photoshoot hebat bersama pengantin............. TOLONG!!!!!!!!!!!!!!


8 comments:

Masy said...

pakai selipar jelah jawabnye hehehee

zonaku said...

dah la vertically challenged ni.....

makin trk la cabaran meniggikan diri nanti.......

aza ni said...

salam zona

kat astro remote 80, kat tesco sri alam 30....

zonaku said...

salam amn, tapi kat LSS penang cuma 13.90. dan dalam laluan balik dari kerja....

aza ni said...

hehe, nak ke penang, campur tol minyak, jadilah 30 gamaknya....

en_me said...

sonoknyer tengok org kawen tuu.. ehhheee

zonaku said...

hehehee....amn, beli y terdekat dgn rumah sudah la.....

zonaku said...

hajimete & en_me org y sama?

Followers