About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, March 13, 2012

Mata

Isnin, 12 Mac 2012.

Sekejap saja, dah dua lembaran kalendar kita selak. Penanda jadual juga dah berada di kawasan akhir suku pertama. Banyak lagi yang perlu disusun atur. Tiket penerbangan masih belum aku beli. Masih belum mampu buka mulut untuk berbincang tarikh yang sesuai. Juga masih dalam fasa akhir pengenalan dan fasa awal membiasakan diri.

Aku menukar alat bantuan penglihatan kepada set yang baru. Disebabkan kegatalan, aku membukanya untuk berehat seketika dan kepedihan melampau saat ingin memakainya semula menyebabkan aku menyimpan di ruang simpanan yang ada. Urusan yang banyak menyebabkan kesuntukan masa untuk melayan diri sendiri. Sampai saat ingin memandu pulang baru aku sedar rupanya aku tertinggal sebelah di pejabat. Malas mahu berpatah balik, aku memandu dalam samar dengan penglihatan kabur sebelah.

Akibat? Hampir melanggar petugas yang menjaga lalu lintas. Kasihan dia andai aku terbabas dan melanggar dia. Pihak syarikat dan dia sendiri sewajarnya mengambil langkah keselamatan yang bagus untuk mengurangkan kejadian yang buruk. Jaket keselamatan disarung selayaknya, cuma jalur bercahaya itu sepatutnya digantikan. Walau aku sudah dapat melihat dia, jalur itu tetap tidak boleh dilihat. Membahayakan diri. Topi keselamatan juga tiada. Tidak berbaju warna cerah, mungkin jenis tugasnya tidak sesuai mengenakan baju dengan warna cerah. Bendera yang dikibar juga tidak dapat dilihat dengan jelas walau aku berhenti dihadapannya dengan cuba memfokus apa yang dibuatnya.



huhu..... lepas ini, pastinya akan kubawa ke mana jua kaca mataku.... Mungkin dah tiba masanya mempunyai lebih dari sepasang untuk langkah berjaga-jaga.

5 comments:

Masy said...

kene tinggal spek sebijik dlm kete..

Erina Asmawani said...

akak kena bawak spek kat mana2 je..spare clens pun.bawak buh dalam hendbeg..huhu..hati2 kakak ku..

julietchun said...

rasanya petugas tu pasni akan lebih berhati2 :D

zonaku said...

ena n masy.... dulu mmg ada, tapi lepas sepasang y guna dlm rmh pecah kena pijak masa bangun tido, dah x buat spare dah.......

zonaku said...

juliet:
harapnya la....

Followers