About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Saturday, January 28, 2012

Aku & Lagu

Aku BW tadi, terjumpa satu entri yang memang ditujukan khas buat aku. Owh, sangat terharu!

Ya, sangat terharu sebab aku bukanlah seorang blogger yang dikenali ramai. Tambahan aku memang jenis pemalu. Boleh kira berapa keping gambar aku ada dalam blog ni. Di laman muka*buku juga sangat terhad. Jadinya, adalah sangat terharu. (seakan jakun pun ada gak!)

Dalam diselubungi rasa terharu, aku terdengar lagu kegemaran sahabat baik aku di Universiti dulu. Ya, tak ramai kenalan aku sekarang yang kenal sahabat aku yang ini, sebab kami bersahabat secara telepati........ sampai sekarang. Setahun atau lebih tanpa khabar bukan perkara asing, tapi kami tetap ada ucapan standard di hari2 penting. Last jumpa dia masa aku masih di Kajang. Dia ada kursus di Putrajaya, jadinya menginap secara bajet di Kajang, ajak ke rumah, dia x boleh sebab dia sebilik ngan orang penakut.

Lagu ini terkenal juga saat kami belajar.



Ingat lagi, disebabkan kegilaan dia pada lagu ni, sampaikan kerap benar dia berlatih menyanyi di bilik. Aku pula sebagai sahabat yang layannnn saja karenah dia, tapi x suka nyanyi, bertindak sebagai pembantu untuk dia hafal lirik penuh lagu ni. Sila bayangkan sendiri. Dia di kerusi studi, aku atas katil sambil pegang lirik (pegang sebut stail Johor). Sakan jugak beberapa malam kami berlatih. Sampai dia akhirnya berjaya hafal. Lirik yang sangat terkesan pada aku:

hilang kekasih, mungkin berganti
yang ku harapkan, teman sejati
sebelum kasih, menjadi benci
aku memilih berpisah di sini

Ya, aku masih gunapakai kata2 ini dalam hidup aku.

Kenangan kami bersama:
1st Annual Dinner Kolej kami bersama. Ye, itu baju aku masa konvo diploma

Selepas selamat dari kepala air di Sungai Gabai. Kenangan giler ni. Ini team baju merah/biru, satu team lagi baju biru/kelabu. Alhamdulillah, kami survive!

4 comments:

Pocket said...

budak kechik jelir lidah,
patut gigit je dagu tu geram.

aduhla muda belianya wajah:D
I am on my handphone, so xleh
tgk yutiub tu. tapi sure situkang
tulung hapal ni pun terhapal
skali kan:D

kenangan kenangan:D

zonaku said...

cute kan si kenit tu......


muda belia sebab pic lama.....

Pocket said...

pocket masih tak kenal lagi yg mana satu kamu, dah la gambar dlm FB tak clear :D
sila taruk satu potret yg satu lagi clear :D
besar sampai nampak liang roma :)
heheheh

zonaku said...

dlm fb????? mana ada upload pic sdr pun.....

Followers