About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Sunday, November 27, 2011

Malam tadi, dalam perjalanan pulang, sedap melayan lagu di radio kegemaran buat masa sekarang
Segmennya ialah Hotfm Karoks. Satu kebetulan yang sangat-sangat kebetulan, lagu yang diudarakan pada sepanjang perjalanan aku ialah lagu yang memang evergreen di jiwa aku

Mula- mula sekali, lagu Suratan Atau Kebetulan diikuti Jejaka Idaman dan kemudiannya satu lagu yang aku pernah dengar tapi tidak pernah aku ketahui apa-apa mengenainya (so typically me).

Sampai rumah, nak la mencari tajuk lagu tadi, tapi aku x dapat ingat liriknya dengan jelas, cuma melodinya saja. Kalaulah ada enjin carianyang hanya perlu aku alunkan melodi tanpa lirik, bukan kah bagus?
Tapi itulah, lupa terus bila dah di rumah. Menjenguk Sara Farisha yang tengah seronok nak angkat kepala walau belum mampu sebenarnya. Babies.... their development is wonderful.

Aku sampai lupa terus kisah lagu misteri tu. Pagi ni, aku semacam teringat semula lagu itu, makanya aku gigihkan diri mencari laman web hotFm. Kali pertama ni ke sini. Sayangnya aku tidak terjumpa senarai lagu yang diudarakan malam tadi. Sampaikan aku mencari juga di mu*kabu*ku Chad HotFm, pengacaranya.

Disebabkan aku sekadar meneka, aku cari juga menggunakan kata kunci penyanyinya. Aku meneka secara rambang sahaja lagu tu dinyanyikan oleh Jaclyn Victor. Guess what??? Betul!

Tajuknya 'Bertamu di Kalbu'. Rupanya lagu ni lagu di tahun 2009. Melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik2 2009, ditulis oleh Anjang Jinbara. Meneliti semula senarai pemenang untuk tahun itu, sebenarnya aku ada menonton di TV. Tapi tetaplah tidak berapa terlekat dijiwa kot.

Liriknya :

Ku genggam semilir semalam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan dan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

semua aku cilok dari sini

2 comments:

azieazah said...

Suara dia memang superb!

Lagu ni antara lagu hebat dia.

Jemputan khas buat tuan rumah dan semua pengunjung blog ini. Sudi-sudikan:

Pertemuan Blogger 18 Dis: Jemputan Istimewa

ckLah @xiiinam said...

Salam Maal Hijrah.

***Terima kasih kerana menyokong entri ckLah yang lalu...

Followers