About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Friday, August 19, 2011

...Double Line....

iya, di kawasan kampung aku yang semakin di bangunkan sampai abis semua ciri kekampungan. dah jalanraya di kampung aku y dulunya blh main kejar², sekarang dah ala² highway. dan disebabkan situasi ini, makanya, sepanjang jalan adalah diletakkan garis berganda atau 'Double Line'. bukan triple line yer.. itu lain...

had laju di lebuhraya lim chong eu selepas queensbay adalah sekadar 70km/j... inikan pulak di kampung aku, yang bermula selepas tamatnya lebuhraya itu.

nak jadikan cerita, disebabkan inilah, dan juga perangai manusia yang pentingkan diri, ada beberapa kemalangan maut melibatkan kematian anak kampung aku. mana tidaknya, kenderaan dipandu laju, dan memotong di double line ini yang mana adalah habit manusia yang lalu disini yang menjadi punca. satu kisah, anak kampung ini, berada di tengah jalan untuk masuk ke simpang rumahnya, bersama motosikalnya, ada kereta datang aku x pasti dari arah depan atau belakang, dan memotong kenderaan di depan. so, paham sendiri la...

pernah juga kenderaan pihak berkuasa, (polis) memotong aku di laluan yang sama, juga double line. andai kata ada siren dibunyikan atau lampu kat atas bumbung kereta di nyalakan, aku faham, ada tugasan rasmi. ini keduanya tiada dan sesuka hati memotong. x tahulah aku kalau pihak berkuasa tidak perlu mematuhi undang² macam kita orang biasa ni. aku? sekadar kasik high beam jer la kat keta tu. xkan aku nk kejar pulak kan?

jiran aku jugak meninggal dunia disebabkan pemanduan yang sebegini. dia berdiri di tepi jalan untuk melintas dan dilanggar kereta.

then baru² ni, masa aku nk ke pejabat, keluar la dengan sopan santunnya dari lorong rumah aku, kawasan itu agak berbukit dan menghampiri sekolah. sesuka hati jer kereta toyota vois dengan no pendaftaran PFP30# berwarna silver memotong kereta aku. kalaulah ada budak sekolah yang ingin melintas atau pakcik² tua bersama motosikal atau basikal yang sedang melintas atau berada di tengah jalan, pasti nyawanya melayang... seorang lagi anak kampung aku terkorban sebab sikap manusia. sayang bukan... mampu membeli kereta mahal sebegitu, lupa pula mahu dipakejkan dengan sikap pemanduan berhemah.

di bulan ramadhan kali ini juga, ada kemalangan berhampiran rumah aku, di tempat kafe janggut yang lama. penunggang motosikal melanggar kereta yang keluar dari simpang. terpelanting ke dalam longkang, dan dengar beritanya meninggal juga. terburai perut cerita suami sepupu aku yang membantu. masa kejadian lagi beberapa minit sebelum azan maghrib. patutla masa nk ke surau untuk terawih, ada polis. aku ingatkan roadblock, dah gelabah sebab aku x bawa purse. x bawa purse, pasti tiada lesen juga...

cikputeri juga dua kali mengalami kemalangan di kawasan kampung ini. moga tiada lagi kecuaian pemandu meragut nyawa anak kampung ini atau pun menyusahkan aku sebab melanggar cikputeri yang tak bersalah dan dipandu secara sopan oleh aku ini.


9 comments:

AI said...

- kesian kan...mak sedara kite pon kene langgar oleh motor yg dibwk terlalu laju dijalan yg sgt lurus di depan rumahnya...dan meninggal...dan meninggalkan 7 org anak2 yg masih kecil...T_T

zonaku said...

kalau x sayang nyawa sendiri kita x kesah kan?



ni dah la x sayangkan nyawa sendiri, kacau orang pulak....


manusia!

Masy said...

giler ah... bkn takat eksiden je, pakat2 nyawa melayang tu. ni sume nk kene kat sedara mara sndiri baru nk insap kot

Pocket said...

so undang undang dunia mari kita patuhi, undang undang akhirat kita lupakan... eh tak!! kita jadikan sifat semulajadi.

ada sebab diorang taruk double line tu, pocket dulu belajar gak lalulintas nih, diorang ada specification. kalau kona berapa degrees yang dari sudut ni tak leh nampak keter dari dpan. kena taruk double line. gitu gitu.
tapi orang tak ikut..
kesian la kat mangsa.

zonaku said...

Masy:
itulah kannnn......

zonaku said...

pocket:
sebab tu ada undang2.. kalau x ada. huru hara la dunia ni...





er..... tp dlm hal tertentu kena guna gak prinsip 'rules made to be broken', selagi x melibatkan nyawa

adie said...

kekadang kita bawak punyalah berhemah tetapi ada pulak org lain langgar kita.

zonaku said...

itulah yang terjadi pada aku n cikPuteri last year. sedap jer beratur kat tlight, sekali kene langgar oleh org y lalai




dia leka berborak

Pocket said...

yes, bila lori kat depan ko dok drive 40 kilomiter per awer,
dan ko tengah bawak wife nak besalin kat jalan yg ader dabel lain,

memang kena potong beb!! :D

Followers