Aku ada beberapa kisah dengan lesen memandu ni.
Lepas SPM, seperti tradisi keluarga, aku diberi peluang untuk memiliki lesen memandu sendiri. Ayah tanya samada aku nak ambil lesen motosikal saja, kereta saja atau kedua-duanya. Disebabkan aku kurang berani menaiki motosikal, maka aku memilih lessen kereta SAHAJA. Bila mak tau keputusan aku, dia macam kurang berkenan sebab katanya aku membazir peluang yang ayah bagi. Apalah salahnya andai aku amik keduanya sekali. Tapi, keputusan dah dibuat, dan aku tak berani nak cakap ngan ayah lagi. Tak apalah, aku redha saja.
Ujian kali pertama, aku GAGAL. Biasalah, ramai yang gagal bab parking ni, aku salah seorangnya. Mak yang menemani aku masa tu. Katanya, tiang tu bergoyang macam tak ikhlas jer, kalau goyang kuat puas hati sikit. hahahaaa.. mak pun x puas hati kat tiang tu, aku? mestilah! Dah bukan rezeki aku. Ujian kali kedua aku amik masa aku dalam cuti semester. Masa tu ayah dah kena strok. Dah x sedar. Sedih jugak la, sebab sebelum tu, aku dengar dia nak belikan kancil untuk aku guna di university.
Lulus dan ada lesen, bukan bermakna aku berani memandu. Lesen ‘P’ aku, mak yang pegang, sampai cukup 2 tahun. Balik cuti semester, pergi ke JPJ ngan mak untuk tukar ke lesen penuh. Pun mak yang pegang lepas tu. Ada sekali masa minggu final exam, aku & kawan2 nak ke Sungai Gabai. Khemah dah amik ngan kelab hiking aku. Kami sewa 2 kereta. Aku dan seorang lagi yang ada lesen tapi x boleh memandu, teruk kena kutuk, sampai ada yang nak hadiahkan frame gambar untuk framekan lesen tu.
Kemudian, bila dah kerja, aku dipaksa memandu sendiri. Kerja syif, jadinya agak susahkan mak aku la menghantar mengambil aku. Syif pagi x ada masalah,sebab mak boleh singgah ke pasar lepas hantar aku. Balik syif petang atau masuk syif malam jam 9 malam, mak tak boleh hantar atau amik sebab mak tak boleh memandu waktu malam. So, aku dipaksa oleh Bro2 untuk memandu. Kereta? Satria yang dimodify. Hampeh!
Kemudian bila aku kerja di Sunway, aku bawak kereta satria tu bersama aku. Dan, bermula dari situ, aku dah cekap memandu. Bila aku beli cikPuteri, satria dihantar semula ke kampung.
Pembaharuan lesen? Samada Bro2, Bro3, mak, exBF, atau ofis boy yang buatkan. Aku kasik duit saja. Pernah sekali, aku minta ofis boy renewkan lesen aku, PnL yang kebetulan ada dengan aku pun minta staff tu renewkan lesen dia jugak. Balik saja ofis boy tu, digelakkannya PnL. Sebab??? PnL punya lesen hanya akan mati tahun berikutnya. Over rajin nak renew punya pasal.
Tarikh mula aku dapat lesen, kalau tak salah adalah sama ngan birthday mak, awal bulan Mei. Asyik terlupa, akhirnya beberapa tahun aku Berjaya mengekalkannya pada tarikh lahir aku. Senang untuk aku ingat. Tapi sekarang dah terlajak jadi 5 Julai. Kalau nak tunda tarikh ke 29 Jun, jenuh la jugak ni.
Balik Penang, aku rasakan aku memang kekurangan sumber. Pejabat pos yang aku pasti wujud, di depan World Fish Center dekat rumah aku. JPJ pulak, baru aku perasan ada dekat dengan ofis. Aku asyik ingat JPJ di Batu Uban saja. Nak renew lesen boleh di buat di dua tempat ni. Lain-lain tempat aku kurang pasti. Kali ni aku renew sendiri. Aku ke JPJ masa break time. Ambil nombor, kemudian cari tempat duduk. Nombor semasa ialah 360 kot, tapi aku pasti belum cecah 365. Nombor aku? 412. Tengok jam, 1155 pagi. Parking bermeter aku bayar untuk setengah jam saja. Harap-harap sempat.
Nombor aku dipanggil jam 1225tghari. YES! Camni la kalau buat kerja tanpa main-main. Semua orang senang… senang hati!
Kena tunggu 5 Julai 2012 pulak la…. Kalau aku nak tukar supaya expired on 29 Jun, boleh ke tidak? Aku tak kisah 6 hari tu, sebab lebih senang untuk aku ingat. Hhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmm boleh ke tidak???????????? Boleh ke tidak????????????
14 comments:
kira baguihlaaaaa.... renew awal.. org slalu renew dh 2-3 bulan mampus...
lagi bagus adalah renew awal setahun.... hahahahah.. ampesh!
hahahaaa......
Hahahahahah gelakkan PnL tersebot... Kompius sepanjang zaman dia tuh... Hahahahahah :P :P
Ko tak tanya ke kat kaunter masa ko renew tu? Haha~ :P
- kite dulu2 xde pon mak abah nk sponsor belajo bwk keta...dah 3 anak br dpt belajo...huhu
mak ko simpan lesen ko? errr.. baiknya mak ko
hahahaha.. nmpk sgt mak ko tak percayakan ko
:P
baiknya mak temankan ke sana kemari.
syah:
x la pulak aku tanya. gaya dia buat keja tu, cam x mo org ramah mesra ngan dia, so, asal urusan aku cepat, mls mo ckp byk2
Al:
lain keluarga lain caranya...... mak ayah buat supaya kami semua berdikari.
mudah kalau kecemasan. semua blh memandu.
KTS:
hahahaa..... mak aku mmg baik. kan turun kebaikan mak aku pada aku.. kan.. kan.. kan..
juliet:
mak aku sayang aku....
Beegitu panjang cerita, semua halangan dah BOLEH dilalui, takkan yang terakhir tu tak boleh?
Gerenti BOLEH...!
Wordless Wednesday: Siaran Tertunda 13 Julai...
azieazah:
akan ku cuba... x tau bila akan berjaya
alaa..ko renew jer tarikh 28 jun tu,janji jgn lepas 5 julai sudah..
encikPenyu:
tetiba 28 jun pulak?
Post a Comment