About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Sunday, May 8, 2011

Sambutan Hari Ibu

ok,
baru2 ni ada teman bertanyakan adakah x salah sambut hari ibu or hari bapa ni.
bagi aku, mudah saja.

mungkin sambutan hari kekasih dan april fool tu ada kait mait dengan agama (seperti y orang ceritakan, sahih? aku x pasti). tapi sambutan hari ibu dan bapa ni, adalah marketing strategi oleh syarikat yang juga boleh memberi sebab dan menyedarkan masyarakat untuk lebih menghargai dua insan yang bertanggungjawab membenih dan melahirkan kita di dunia ini. nak tunjukkan kasih sayang dan perhargaan pada ibu bapa ni sebenarnya mestilah setiap hari, tapi, bila adanya hari2 yang macam ni, pasti lebih istimewa, dan juga elakkan rasa canggung pada ahli keluarga yang kurang terbuka dalam melahirkan kasih sayang.

keluarga aku sendiri tidak terbuka dalam acara sambutan sebegini. kami tidak mengamalkan apa2 majlis harijadi atau sejenisnya. kami juga tidak mengamalkan pemberian hadiah kejayaan atau kemenangan. ucapan tahniah juga bukan lazim. lulus cemerlang dalam UPSR, PMR & SPM.?? 'ha... baguslah' itu sahaja ucapannya. peluk2 rai kejayaan acara sukan juga bukan cara kami.

ucapan 'maaf', 'terima kasih' juga macam tu. tiada lafaz secara langsung. masing2 faham dalam hati sendiri. terbiasa agaknya. contoh, nak guna kereta, 'nak ke mana2 x? kalau x, pinjam kereta ya?' juga bila pulang dari mana2 dengan public transport, cuma perlu call n beritahu sampai di stesen bas atau airport jam berapa. pasti ada seseorang menunggu.

semalam, ada kenduri saudara yang tidak berapa jauh, semua kami ikut mak menghadirinya, balik, dengan baju kurung itulah, kami ke QBMall, maklumat dari adik, ada herbal foot steam di sana dengan harga 20 ringgit saja. langsung kami ke sana. disebabkan hanya seorang saja pengurut wanita, maka sis3 saja buat urutan reflexsologi kaki, kami bertiga, (mak, sis4 dan aku) buat foot steam.

best! yang x best, balik ja, kaki aku ada kesan cam terbakar. ala, yang cam tomppok2 merah tu. kedua2 kaki. mak x ada kesan langsung, sis4 ada sikit saja. kalau orang tgk, pasti macam scary. tp nak buat camana, dah kulit aku jenis sensitif.

bangun pagi ni dah ok dah! haha

itu kira belanja mak birthday dia n mothers day la sekaligus. lagi sekali, tanpa perlu ucapan. masing2 faham. sesekali bawak mak meladi! haha...

nak bawak tgk wayang cam x der citer best!


8 comments:

Yunus Badawi said...

Ko bawaklah dia pergi makan pulak. Tengok wayang biasanya org tua ni kurang minat.

tasekM said...

salam singgah.

selamat hari ibu yang.

:)




.

Anonymous said...

family kita sama

zonaku said...

YB:
dia masak lebih sedap dari tukang masak kedai!


sesekali mmg la mkn kat luar esp bila dia x der idea nk masak apa

zonaku said...

tasekM:
TQ

zonaku said...

Aimi dan Pakcik Hashim:
mana ada sama! kita bukan adik beradik!


muahahahaaa

adie said...

ko ajak tgk wayang citer fast & furious tu aa.baru jiwa muda.hehe

zonaku said...

penyu:
aku sdr x suka citer tu

Followers