About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Monday, December 13, 2010

SAMAN

credit to rumah tetamu

***********
sumber berita : rujuk sini

Pesalah trafik jangan terburu-buru

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Pesalah trafik yang memiliki saman sebelum 1 Disember lalu, diminta tidak terburu-buru menjelaskan saman kerana mereka berpeluang menikmati kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun tanpa had masa.

Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.

Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah meminta pesalah trafik supaya tidak terburu-buru untuk menjelaskan saman kerana mereka mempunyai masa untuk berbuat demikian.

“Orang ramai tidak perlu bergegas menyelesaikan saman mereka kerana hanya bagi kesalahan baru sahaja yang dikenakan tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kaunter saman atau melanjutkan tempoh masa pembayaran di ibu negara.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor ketika dihubungi hari ini menjelaskan, tidak timbul kerumitan untuk membayar saman kerana orang ramai ada pelbagai cara untuk membayar saman.

“Selain kaunter balai polis trafik, pesalah trafik juga boleh menyelesaikan saman di kaunter-kaunter yang disediakan di pejabat pos.

“Sebanyak 63 buah pejabat pos menyediakan kaunter bayaran saman di seluruh Kuala Lumpur.

“Mereka juga boleh membayar saman secara dalam talian melalui laman web www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my,” ujarnya.

Beliau berkata, memandangkan ramai pesalah trafik ingin membayar saman, pihaknya telah membuka kaunter pembayaran pada Sabtu.

“Malah kami turut lanjutkan masa kaunter dibuka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang berbeza dengan sebelum ini yang dibuka sehingga 12 tengah hari,” ujarnya.



*************************
aku sangat cuak ngan diskaun saman y baru² ni diumumkan. yerla... cikPuteri ada 4 surat cinta tu.. gatal dia ni tau.. x macam aku.. sopan santun sesaja.

aku cari (dengan tidak sepenuh hati) maklumat sampai bila tarikh nak langsaikan saman ni. gaji nov ialah x penuh yer, plus since penghijrahan aku, sumber adalah sangat limited. & maklumat y aku terima adalah sangat mengelirukan. few questions y aku utarakan juga adalah memberi jawapan y tidak tepat dan tidak memuaskan hati.

jadinya, maklumat di atas adalah sangat penting.

yer..

hanya saman selepas 1 december 2010 akan nikmati diskaun 50% kalau setel dalam masa 15 hari, dan 30% dalam 30 hari.

lebih dari 30 hari, tiada diskaun dah (so far la kann... pastinya akan ada lagi sale camni di masa hadapan)

dan saman y ada sekarang perlu dilangsaikan sebelum 28 Februari 2011. diskaun 50% itu adalah valid tanpa had masa. cumanya, kalau x langsai, start 1 March 2011, akan disenarai hitam.

dan aku ada kemusykilan..

kalau aku balas surat cinta cikPuteri yang empat itu, macam mana dengan lagi 20 yang guna nama aku?????

dan bolehkah aku renew cukai jalan cikPuteri April 2011 nanti, kalau yang 20 tu tidak aku layan?


:: pastinya ada y menarik semula hasrat bayar sebelum 15 December ni ::

15 comments:

Masy said...

brape byk saman ko ni sbnrnye? 24?

zonaku said...

haah....

2 aku y buat n aku mmg tau..

tp cikPuteri hanya ada 4 jer

Linglung said...

gua punya saman ada dekat suku bulan gaji juga..gila!

syah shah said...

yang lagi 20 tu under cikputeri kah atau kereta lain? kalau lain, road tax tu no hal laa rasanya...

zonaku said...

linglung:
suku boleh tahan lagi.. ni diskaun 50% pun dah separuh bulan gaji ni camana???

bukan tahap gila dah.. blh tahap bunuh diri ni tau!

zonaku said...

syah:
bukan cikPuteri... dia gediks amik 4 jer.. katanya nak jadik bini no 4...

Erina Asmawani said...

yg 20 tu dtg dari mana kak? huhu..kompius2..cik puteri punye ke?

zonaku said...

hehehee.. xla...
cikPuteri hanya 4... dia penutup kuota tu... max 4, x leh lebey

Ku Tak Sempurna said...

berhati2 di jalan raya. patuhi had memandu

sekian

:P

zonaku said...

had memandu ker had laju???????


time speeding ok jer... time cikPuteri berenti dalam barisan la asyik kene langgar....


camana?

baincardin said...

Demam HDR dah kembali! jom rilex layan....^_^

syah shah said...

kalu dah settle 4 tu, nak renew roadtax cikputeri takde masalah dah... renew lesen ko ajelaa aku tatau buleh dak... hohohohohoh :D :D

arianna adrizal said...

aduh... susah juga eh.

zonaku said...

syah:
ooooooooooooo........

tp mmg sebelum ni ngan 3 saman tu, alhamdulillah aku x der masalah ngan roadtax. yang keempat baru jer kene, bulan lepas, sehari lps dia kuar dr woksyop

zonaku said...

anne:
ada saman gak ker????


sila check

Followers