About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Ulangtahun

BUAT SIS3, SELAMAT ULANGTAHUN KE 23 (30 JUN2009)
SEMOGA HIDUPMU SENTIASA DALAM LIMPAHAN KASIH SAYANG DAN RAHMAT ILAHI DAN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH


::::::::::
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


-aku dah ada yang baru,pengganti yang lama....-

Monday, June 29, 2009

M.A.A.F

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal"

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Friday, June 26, 2009

sambungan bual bicara

dah confirm, x perlu lagi pasal H1N1 atau kata menteri itu, 'selesema BABI'
biarkan saja, kami kurang berminat
tapi hati²lah yer.
penularan wabak nie akan berterusan.
ikut jer langkah y patut, jauhi tempat sesak
selepas kes HONEY
aku ingat akan berlanjutan dengan kes SAYANG pulak
tp rasanya
kes ditutup sudah
dan HONEY LEMON agak sedap!

Thursday, June 25, 2009

bual bicara


dalam berbual di pejabat, tanpa aku sedari, ada y sering memandang. sedang enak bercerita di talian, antara y tertulis ialah perkataan 'honey'. terus dia giat mengusik, kononnya kekosongan hati aku terisi.

sekali pikir kelakar pun ada, sekali pikir, biarlah apa sahaja tanggapan mereka pada aku. asalkan aku tahu hati aku n keluarga tahu hubungan aku. yang lain? kurang penting.

haiiiiihhhh...... lain kali, jangan mengendap perbualan orang. kan dah salah anggap! atau pun, tanya terus terang, mudah aku bercerita!

apa² pun, kes H1N1 makin luas tersebar di Malaysia. Buat teman² blog, sila jgn jenjalan sesuka hati di shopping mall atau public gathering. Kurangkan atau batalkan perjalanan ke negara² berisiko tinggi.

Tapi, sabtu ni aku ada game futsal, anjuran alumni sekolah di Sunway Extreme Park. Belum decide nk sertai atau x, mungkin kene bawak mask kot, sebab batuk² aku sejak semalam bertambah (Sis3 bw rambutan dr kampung!). karang ada y bertempiaran lari bila aku batuk!

Tuesday, June 23, 2009

Suara

aku x nyanyi depan orang
hanya nyanyi dlm keta time sensorang
sesekali bila Adeq ada dlm keta
or adik² aku ada dgn aku dlm keta
br sesekali aku ikut mnyanyi

sekali tu
Adeq tegur, 'kak, jgn nyanyi blh x, suara ko x sedap la!'
kecik ati aku time tu..kekekekekekekee
tp aku akui
suara aku x sedap untuk nyanyi
sebab tu bila aku sesekali ikut kwn² aku ke karaoke
aku sekadar melayan org y nyanyi

aku?
MINTAK MAAF jer la..
x layak
tp,
masa rakaman pengumuman
aku disuruh bersuara
katanya suara aku sesuai buat pengumuman
telah dirakam
sekarang
dalam proses approval


haiiiihhhhh...

korang rasa???
sesuai ker suara aku ni
nnti korang dengar la...
suaraku akan sering berkumandang
heheheheheheheeee... ampeh tul!


pssssttt: ppt la ms aku g interview dl, aku terpilih!

Sunday, June 21, 2009

Father's Day

Selamat Hari Bapa


Buat y masih ada bapa,
Hargai pengorbanan mereka
buat y telah kehilangan Bapa,
titipkanlah doa untuk kesejahteraan mereka.

~buat AYAH y telah pergi, doa anakmu ini sentiasa mengiringi,Al-Fatihah!~

buat semua y telah bergelar bapa, sedikit penghargaan buatmu
***********

God took the strength of a mountain,
The majesty of a tree,
The warmth of a summer sun,
The calm of a quiet sea,
The generous soul of nature,
The comforting arm of night,
The wisdom of the ages,
The power of the eagle's flight,
The joy of a morning in spring,
The faith of a mustard seed,
The patience of eternity,
The depth of a family need,
Then God combined these qualities,
When there was nothing more to add,
He knew His masterpiece was complete,
And so,
.
.
.
.
.
He called it ... DAD
love you dad!

Friday, June 19, 2009

Program Ke Lanchang Part 2

Kisah Geng Pengembaraan Ke lanchang blh di dapati di sini, di sini pun ada, sedikit di sini, lain² bakal menyusul nanti

aku? hehehe...

disebabkan aku kurang masa (skill sebenarnya), maka biarlah foto kami di sana di edit oleh diorg. hehehehe..

well... in the beginning, I'm excited to visit the park, but once I know the actual location, a bit undecisive. DAMN bad memory about the state. It felt like just yesterday. Last year I went there, the same feeling I felt, but luckily, I'm really busy throughout the time I was there.

But this time, it is to make a new memory, like Aim-a said. I'm grateful for her words, "cipta kenangan baru".


With weary heart, I drove to Aim-a's house. Woke up at 4.30 am, do my laundry and off I go. Do not ask me about the feeling, think more than one group of butterflies in my stomach.


We stop to refuel, I bought my morning drugs, yet drink it once we reach Wafa's house. Lucky I bought it......


OTW, we pass by Hutan Lipur Lentang. The place CikL n me spend our time, without any plan whatsoever. What an experience we had there, bathing with WHITE shirt, OMG! Never in my life I thought I am able to do that!


The rest of the story of what happen in Lanchang can be read in my fellow friends.


Then Hazerin join us with Tok Aki. Again, I'm tumbling down inside. Ssssoooooooooooooooo Jealous! I never had any chance to feel grandparents love. :(


Yet I used to hang to every word Arwah Pak Ngah told about the "Zaman Jepun". No idea why I love such stories so much. When Aki start his story, wow! like Pak Ngah was there! I do envy Hazerin.... huhuhuhuuu. Aki, at the age of 80+, still healthy and energetic! He joins us to Kuala Gandah, and very sporting!

can you guess who's who? but the middle one is Aki's

Once it all over, I wonder where did all the butterflies in my stomach went. I am so happy I join this trip. I think I can face going back there after this. Hutan Lipur Lentang anyone?????

To Jard, Aima, Kueh, John, Wafa, Hazerin. Its a pleasure having you all in my renewed memory. Do keep in touch.

To Wafa, if I'm not watching my food now, you can bet that all meals you served will be gone in minutes... hehehehe. The chicken rice was realllllllyyyyyy delicious.


To Hazerin, salam pada Aki ya.


To Kueh, thank for serving me the doughnuts, never know you can actually read my appetite.


To John, try out the scenery at Irau, the 'Istana Lumut' was so nice, subhanallah! Keep the snake away!


To Jard, any other xtvt? count me in! eh! It's really windy right????!! hehehehehe


To Aima, my deepest gratitude, for without your words, I won't have such a great new memories!


To other bloggers, if ever you found out my pics in these bloggers entry, count yourself lucky. I'm letting them publish my pics without any effects as there were so many to edit. In other entry you won't have the chance.

Thursday, June 18, 2009

kisah semalam

aku sakit dada!

smlm,
acara y dia aturkan,
ada mishap
jeritan bergema lagi
haiiihhh.. leh x jgn jerit?


bila barang rosak,
jgn la cari aku untuk dimarah
sabar sedikit boleh?
pihak berkenaan tengah membetulkannya

ini tidak
ke sana ke mari cam kera kena belacan
karang aku seligi!

akibatnya,
kesian MissL
penat menunggu aku
y tersekat d pejabat

jadinya
aku half day ja
mujur peneranganku diterima kedua belah pihak

itulah, aku kurang gemar menipu
bila kubuka kisah seribu satu malam
semua menganga

************
kisah lain;
benar telahanku
malu tapi mahu
keberaniannya tahap kureng
y rugi?
aku dan dia!
*********************
kisah lain lagi;
baru siap monyet,
tp itu kelemahan aku........
pandai promote org, blh jual org lain kecuali diri sendiri
huhuhuhuhuuuu!
pemalu, sudahnya, aku ditindas lagi!

Monday, June 15, 2009

Program ke Lanchang

hehehe.. sengaja kasik panasss sket.
14 Jun 2009
seawal jam 4.30 aku bgn tido nk bsh bj sblm memulakan program aku. 1st thing y aku buat bila bk mata is baca sms dr aima. siap bsh bj n tgh iron tudung, ada call dr aima, tkejut pny pasal, trs tudung y aku iron terbakar. xper, sket jer.
then aku btolak ke rmh aima dgn gaya ganas. aku sampai rumah aima 5 minit sebelum jam 6.00 pagi, solat di sana n memulakan acara mengutip jejaka y menyertai program kami.
sedikit foto y ada.....

deerlanddeer
lunch kamigajah!
ole² dari Lanchang
eeerrrrr.. Jard! amacam? berangin x?

Friday, June 12, 2009

Friday! 12th June 2009

as a person who love perfume, I used to bought a set for both of us, for his bday!
it's a matching pair of perfume. after few years, finally I managed to used the last drop of it.

hopefully that's the end of my memory of him! ~sigh~

still unable to decide! going or not going.

Jard, Aima, Kueh, n John, please be patient!

********
masih celaru
masih keliru

Thursday, June 11, 2009

faris lagi

sedikit lagi foto kesayangan ahli keluarga kami

his favourite spot!sibuk menyepah n mengutip kacang!

hero bedak sejuk!
senyuman menggoda!

apa tengok2?aksi terbaru!

Wednesday, June 10, 2009

Menipu

aku jenis lurus.. x suka n kurang pandai menipu.
tp bila aku menipu, blh buat drama!

panggilan demi panggilan telah kuterima
peringatan telah ku beri
namun,
bila dia memanggil lagi
penipuan menutup cela telah ku lakukan

MAAF YA! Terpaksa!

Tuesday, June 9, 2009

RFL 2009













sekitar gambar2 di Relay For Life 2009.
deskripsi gambar : petugas coffe bean menari atas pentas untuk chicken dance, pertandingan banner sempena hari tanpa tembakau, peserta y merepek di trek sebelum sampai ke garisan penamat untuk lap mereka, beauty peagent RFL 2009 (men only), acara luminaria - menyalakan lilin untuk pesakit kanser y telah gagal dlm melawan penyakit, HOPE - lampu harapan,pesakit kanser termuda y menyertai acara kali ini - semasa survivor lap, dan kanser survivor dengan kostum seluruh dunia.
acara sukarela sambil berhibur mcm ni aku suka ikuti, so, aku agak malu nk terima gelaran Cik Hati Emas y wafa kasik tu... cam x layak jer. BTW thank you.

Sunday, June 7, 2009

Tag


~aku kene tag oleh kenalan baru. sebab dia dengki aima x tag aku.. sesungguhnya aku mmg jarang berkesempatan skrg nie. tp x baik ooo hampakan orang, so ikutilah jawapan aku nie yer


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
1. L**** (universal name oooo... satu dunia ada nama cam aku)
2. ZonAku (di kalangan bloggers.. tp ada gak y pendekkan jadi Zona.. x kesah la!)
3. L** (special edition friends jer panggil aku ngan nama nie, org lain panggil, aku x kan menyahut!)
4. D* / Nd* (ini limited edition friends je y panggil. mudah n ringkas)


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 29 June (bday aku)
2. 2nd May (1st day aku keje)
3. 1 syawal (hari raya laaaaaa.. kene balik kampung)
4. 10 Zulhijjah ( hari raya aji.. pun aku kene balik kg)


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. layan cara sis2 nyer tarian gym
2. kutip playdough farah, pehtu marah dia
3. pukul tebuan y msk dlm rmh, takut2 dia gigit faris.. hehehheee.. dia cari nahas la msk rumah aku...
4. makan nasik, lauk ikan goreng, kuah rasem (indian style thing) and daging msk resepi mak amik dr chef ferringhi hotel! ngan mangga! burp!


FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. beach!!~
2. Call mak.... sembang2 ngan dia, dgr cerita y berulang2......
3. ngusik farah!!!
4. layan CSI~~


FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
1. Miss Z***y
2. Miss E***
3. Miss Lolly & Miss Ch**** KY
4. My Dad!~


FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
1. rumah semi D. dengan laman n backyard y ada buaian
2. kot2 dpt keta barang sebiji dua! isian minyak adalah percuma!
3. lotsssssss of cash, without any strings attached
4. a husband for my birthday! heheheheeee.. x yah susah2 ngorat!


FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
x der specific hobby actually, but loves to:
1. read
2. watch my fav movies, drama, series etc
3. tido
4. makan (sbb tu mkn 'sehat' skrg nie)


FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
1. insyaallah ke tanah suci untuk beribadat
2. maybe ke kepulauan Caribbean
3. karambunai
4.niagara waterfalls


FOUR FAVOURITE DRINKS :
1. nescafe or coffee please! (daily basis!)
2. air suam
3. errrrrr.....! laici pun ok gak!
4. juices la...


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
1.my IC
2. driving lisence
3. ATM Card
4. kad insurans aku


FOUR FAVOURITE COLORS :
1. Hitam
2. Putih
3. Biru (tp sejak kene pakai uniform biru nie.. kureng dah sket)
4. lain2 y kene ngan persekitaran, tema atau y famili aku pilih


TOP FOUR HANGOUTS :
1. Beach
2. kedai2 buku...
3. rumah mak kat kampung
4. ruang tamu rumah aku sambil tgk tv


TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
1. my parents
2. adik beradik aku n anak2 mereka
3. my friends y kamceng
4. my cikPuteri laaaa....


TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. My enpon.. (penting nk call mak n minta tlg kalau kecemasan)
2. duwet
3. my cikPuteri again!
4. My bijik mata


TOP FIVE WHO YOU WILL TAGGED:
1. cikKompius
2. syah syah
3. KTS
4. Juliet


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1.... x der idea update blog
2.... sesaja isi masa lapang sebelum blk kl
3... farah tgh tdo, xleh kacau dia
4.. faris pun dah lelap...

Saturday, June 6, 2009

psssttttt!!!!!! aku kat kampung!

hehehee... aku br je sampai kg.. sengaja aku x gtau aku blk ngan apa. tanak mak risau kalau dia tau. sejak aku blk dr cuti tu sampai skrg, batuk aku x berkurangan langsung. kalau blk ngan bas, mati beku la aku.. n abih satu bas akan di syaki kene jangkitan H1N1.

nak naik flight, pun almost the same ja. karang kene tahan kat airport, buat kecoh ja.

ubat batuk dah abih sebotol, lozenges sepapan dah abih, strepsil dah 3 peket, antibiotik pun dah complete course. batuk aku? xder beza sejak mula.

eh, dah menyimpang lak. aku dah x ingat bila last aku drive balik sesorang. y aku ingat bila aku amik break dr life aku tahun duluuuuuuuu tu. abih jer keje last day aku y kebetulan ada parti, aku trs shoot drive blk kg sesorang. ms tu aku just ingat nk blah dr life aku jer. phone pun aku x jawab.
then lps2 tu kalau blk kg, biasanya ngan bro3. x pun flight or bus.

ni setelah sekian lama, baru aku buat perangai lagi. tp kali ni sebab aku amat tensen ngan life aku. abih je keje td, aku blk rmh, mandi, solat asar n trs btolak.

ini gak 1st t ime aku drive mlm sensorg. dulu tu aku drive siang. mata aku silau, jadi, aku x leh lelaju. n aku amat x gemar lampu kereta y tinggi, or y telah modified. silaunya blh membahayakan pemandu mcm aku.

pesan aku pada semua pemandu, tolongla fikirkan keselamatan orang lain n anda sendiri bila memasang headlight. aku tau korang trendy n bijak dlm hal modifikasi kereta, cuma jangan jadikan org keliling anda mangsa lampu hebat anda.

sekian!

:: farah dok kacau mummy dia buat keje::

Thursday, June 4, 2009

Baikkah aku???


ari tu... masa krisis
katanya dia suruh mereka minta maaf dengan aku
katanya, aku teman yang baik
kenapa mereka buat begitu
aku tunggu ucapan maaf itu
kemudiannya
dia menyebelahi mereka
jadilah aku orang jahat
ada juga

ari tu.. masa di stadium
gelarnya kemudian ari, aku hati emas
malu nk terima gelaran tu
semalam,
temannya berkunjung
aku jua membantu mencari segalanya
sampai jalan jua ku tunjukkan
tapi dia,
menunjuk sedikit muka lagak

tak mengapa
aku ikhlas

cuma jangan lagi ambil kesempatan lepas ni
aku memang lembut hati
dulu,
tatkala dosa membelenggu diri
kuterima semuanya
tatkala temannya melarikan diri dr beban
kubantu memapahnya bangun
tatkala diri terlupa lagi
aku jua yang memberi ingatan dan melarang
tatkala dia sudah hebat
aku ini siapa?
ppppssssstttttt! x baik mengungkit!!!!

Wednesday, June 3, 2009

Salah!



... salah aku ker??...
bila bertindan?
telah ku nyatakan dari awal, sudah ada y terdahulu
jawapan?
dia lebih besar, jadinya, dia berhak buat sesuka hati
aku?
silakanlah.....
bila sampai masanya
jemputan berbelah bagi


:: sekali lagi, SALAH aku ker??? ::

psssttt.. rasa amanku belum kunjung tiba..... bilakah????
pppppsssssssssttttttttttttt......... mak! nak balik kampung!
errrrr.. rs cam nk blk kg jer ujung mgu nie... sapa nak ikut ke penang??? aku nk drive nie!
**************
update sket, td aku melawat kawasan jajahan, katanya; 'eh itu kamu rupanya, sepenuhnya berbangsa melayu?' kaget! apasal lak dia nie? kan ker rupa aku mmg rupa melayu???? x der rupa cap campur langsung.. betul! sapa y penah jumpa aku pasti boleh sahkan hal nie. bila kutanyakan sebabnya, ''kamu boleh berdialog dalam bahasa itu dengan baik, x sangka kamu melayu'
trimas, bertambah kembang aku tadi.... tp ketahuilah, skop tugasan memang memerlukan aku berbual sebegitu! huhuu! (dlm jiwa kacau nie... pujian mampu menyerlahkan keceriaan di wajah)

Monday, June 1, 2009

Buah Tangan

ada kisah sket..... so, kali ni....
tetiba jer td...
"nah, ini untuk ko, kalau bersemut sket tu, buang semut n goreng balik jer..."
apa bendenya????
jeng..jeng.. jeng..

ini diaaa.....!!!!!

apa?? x clear????

cukup clear???? heheheee.... blk nnti mkn keropok lekor a.k.a keropok losong cam y encikpenyu n cikkompius slalu bising²kan tu...

sila jgn jeles ok?

Followers