About Me

My photo
Man is a model exposed to the view of different artists; everyone see it from some point of view, NOT from every point....

Saturday, May 30, 2009

rasa...........??????



ari ni ada acara Relay for Life di Stadium MSN. aku telah lama bcadang nk ikut serta. semua telah lengkap. dah bayar, dah amik tshirt, even muffin y aku nk sedekah kat sana pun dah tersedia.

tapi,
aku rasa... x sedap badan, bgn jer pg td, aku sakit perut y amat sgt. then batuk aku mekin menjadi² pg nie. camana nk bermlm d sana nie?

aku juga rasa... nk rehat sj d rmh supaya bila 'org²' mengangkat brg, aku dpt monitor. sebatang jarum patah pun x ditinggalkan, sebatang jarum patah aku pun x di ambil

aku rasa.. nak berehat sambil ada d rmh ms angkat barang supaya semua bil d bayar n aku x susah payah ke balai membuat laporan.

aku rasa.... nak pindah rumah n dok sorg². supaya damai aku kembali

aku rasa... nak halau semua dr c2 supaya aku damai.

aku rasa... nk berenti keja n blk kg!

aku rasa.. macam²!

haaaiiiihhhhhh........!!!!!!!!
ni faris khusyuk kunyah timun ms kat pavillion, x mo dok diam, kene dokong sambil jenjalan

ni faris dalam private bath tubnya di hotel.. seksi!

Thursday, May 28, 2009

Sambutan

di jemput hadiri acara sambutan petugas kesihatan.
dan satu y mmg aku akui, tugas mereka amat berat, n dlm ucapan td, katanya, pengorbanan untuk tugasan biasanya mmg melebihi kepentingan keluarga dan diri. itulah dedikasi mereka. dan simple sj bagi aku; memilih kerjaya sebegini, IKHLAS kan diri dan lupakan keselesaan n kesenangan y org lain kecapi. overworked, n fatigue adalah salah satu agenda dalam JD mereka.

aku???? pernah ditawar mengikuti latihan mereka. jawapan aku, aku x akan dpt ikhlaskan hati berkhidmat sebegitu. arah lain, mungkin!

Wednesday, May 27, 2009

Relay For Life


celebrate... remember..... fight back!
aku cuma nak iklankan sedikit mengenai Relay For Life ni, acara yang di anjurkan oleh NCSM (National Cancer Society Malaysia) dgn pelbagai xtvt menarik ada, last year aku mewakili tempat aku bekerja dan aku heret jua sis3 n sis4 serta hsemate aku bermalam di sana

well.. bukan bermalam sangat actually, more to berjalanan sepanjang masa, sambil berhibur dan berkenalan dengan pesakit kanser y berjaya memerangi penyakit itu, selain mengingati pesakit y kalah dalam perjuangan melawan kanser.
di samping menerokai ruang berkenalan dgn pelbagai lapisan sukarelawan
antara acara last year,


persembahan dr volunteers NCSM

beauty queen, MEN ONLY!

pasukan kami

larian pembukaan oleh survivors dgn foto mereka y telah kalah melawan sakit

konsepnya, sentiasa ada y berjalan di atas trek, x semestinya kita berjalan, agak² trek kosong, penuhi la ruang

walaupun asal aku hadir sebab wajib, tempat aku bekerja menjadi salah satu officials, aku sangat suka hasil dan pengalaman y aku dapat...

sapa² blogger y berminat, mungkin boleh berdaftar secara berkumpulan dan kita jumpa di sana! Insyaallah

Monday, May 25, 2009

Personality Test


Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.


Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.


The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?
~me ??? flirting????????? ngarut!

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.


The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.


How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.
~True

Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long. ~DAMMIT!! Totally true!
:: kadang2 seronok buat personality test nie, tengok kebetulan yang ada...::

Wednesday, May 20, 2009

Penutup

Kisah Siri Solat dah selesai kat blog aku, harapnya ada y mendapat manfaat dari ilmu y aku kongsi kan tu.

Sebarang kesalahan dan kesilapan aku mohon maaf, Seikhlasnya dari hati..

Siri Solat 6

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Tuesday, May 19, 2009

Siri Solat 5

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

Monday, May 18, 2009

Siri Solat 4

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .

Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun

Sunday, May 17, 2009

Siri Solat 3

ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .

Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .

Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Saturday, May 16, 2009

Siri Solat 2

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

Friday, May 15, 2009

Siri Solat 1

ini n3 berjadual. aku sediakan beberapa n3 ilmiah sepanjang ketiadaan aku.
~sesekali bila menerima email dari teman2 yang mengingatkan kita pada amalan dan pesanan ke arah kebaikan, adakalanya aku hanya membaca, forward dan kendian, padam. kali ni aku membaca dan rasanya, apalah salahnya jika aku memanjangkan ilmu ini dalam blog aku. Sekurang-kurangnya, ilmu ini aku panjangkan dan dapat dimanfaatkan dan semua kilta beroleh keberkatan dari ilmu ini~
Zonaku
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat. Semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusyuk dalam solat.

Allah Maha Besar

(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu"
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Monday, May 11, 2009

shopping!

kasut baru!

x tinggi sangat cam y lepas kan?
Sabtu, lps keja, aku ke CapSquare, KL. Dgn semangat waja nk nengok XMen, aku redah jer….

Pusing punya pusing, aku almost putus asa. Call by call dr Jard y nk bgtau jalan pun x berhasil. Sebab aku mmg x biasa drive in kl, aku tau naik LRT atau jalan kaki. Last resort aku, BALAI POLIS DANG WANGI! Dah itu y aku jumpa. Kalau jauh lagi, aku dah plan nk soh polis tu escort ke sana, tp brader tu kata, depan tu jer, tapi kene berani la sket, sebab kene cross jalan y agak bahaya. DEMI WOLVERINE! Aku belasah jer..

Sampai jer, y ada cuma Jard n Jas (adik Jard). Ah, aku x kira, janji leh tgk! Lepas tgk, kami ke pasar malam jalan TAR. Aku baru perasan, dah lama sangat aku x datang pasar malam nie!
Kami just mkn mihun sup n yong tau fu, skali adik tu lupa nak kira yong tau fu kami. Kira lebih kurang jer la, sebab aku pun mmg x ingat. Dik, lebih kurang halal yer!

****
Then pagi ahad, lepas mimpi yang tak sudah tu, aku basuh baju n bilik air. Yer la, esk mak datang! Niat nk mop lantai aku tangguh dulu! Maybe balik nie kot.
Dengan emosi y celaru, aku g jumpa Sis3, nak beli kasut.
Peringatan untuk diri sendiri, JGN bawa duit banyak or kad kredit bila keluar dengan emosi x stabil! Dengar pulak lagu 'sonata musin salju' kat radio, amatlah bahaya.
Hasil shoppingan kami 2 beradik:
  • 4 pasang kasut/sandal.
  • 5 baju,
  • 4 seluar
  • 4 stokin!
    Total up, lebih kurang 200. sebab aku jenis bukan beli barang jenama! Cantik n selesa, 5 hengget pun aku beli!

    Otak ting tong juga x sesuai untuk memilih!
    ini kasut kami, biasa jer kan??? tapi selesa!

    Lps makan y dibelanja oleh Sis3, kami balik. Aku moskil nak tido, takut mimpi lagi.. aku hanya lelap sekejap saja, n pagi ni, jam 7 aku dah ada di ofis! heheheee.... dari Bata.. lama x pakai kasut cap Bata!

pppppppppsssssssssstttttttttt: kasut jer aku sanggup tunjuk, lain² x leh!

dia

CikL datang ke ofis aku dan katanya ada orang nak jumpa a ku. Pelik, sebab cikL dah x kerja lagi di sini. Apsal dia datang? Oh, x perasan lak apa y dia pakai, aku toleh arah CikL, berdiri di tempat tadi, menggantikan CikL, adalah makhluk y aku x sudi lagi jumpa.
Meremang bulu roma, jantung berdegup laju, airmata mula bergenang, teringat lafaz aku dulu, dia y mesti datang padaku andai ingin berjumpa atau bertanya khabar. Dan aku jua x ingin tahu apa² dr mulut orang, walau khabar sekalipun.
Inilah aku, lemah tiap kali berhadapan dengannya, dalam rajukku y x sudah, dalam tangis hiba, dia memberitahu, dia bakal bertunang dengan seseorang. Lalu untuk apa menemui aku? Mencari aku andai khabar duka ini y ingin disampaikan? Aku ingin berlallu, dia membawa aku ke suatu tempat. Katanya, penghalang kami sudah tiada, selamanya tiada. Terusik di sudut hatiku, syukur. Rasanya aku amat hina mendoakan pemergiannya. Tapi itu y aku rasa. Rayunya lagi, dia ingin kami kembali seperti dulu, dalam hidupnya, biar sebahagia mana dia, tiap saat, tiap detik, tiap degup jantungnya, sentiasa ada satu bahagian untukku.
Kalau itu y dipertahankannya dulu, hati aku x akan berkecai sebegini. Mana mungkin serpihan hati aku dapat dicantum kembali tambahan pula bersama berita duka yang dibawanya kali ini.
Sedang dia memujuk rayu, ada insan, yang kukira bakal tunangannya datang. Dari jauh namaku dilaung, tangan aku direntap, memekik mengatakan aku yang bukan². Maaf, kalau kau mahu dia, ambillah! Aku rela sendiri! Tapi, dia menarikku ke dalam pelukannya dan menjauhkan aku dari situ. Terpekik lah insan itu di situ.
Aku? Kaku, x dapat berfikir. Bukan tidak sudi menerimanya kembali, tapi andai ini y dilakukannya dulu. Pasti kami telah lama bersama!
Entah bila airmata ini berhenti, bila ku buka mata, aku bermimpi lagi rupanya!


Telah lama aku cuba lupakan, aku telah bina hidup yang baru. Ruang hati y lopong, kosong tidak lagi aku pedulikan. Aku mencorak bahagiaku dengan cara aku sendiri. Aku tak ingin lagi hidup dalam kenangan kami. Tapi, entah mengapa, dia muncul dalam mimpi aku! Mungkin minda separa sedar atau tak sedar aku masih memegang erat kenangan kami bersama. Atau naluri kami masih bersatu seperti dulu dan ada y tak kena dengannya menyebabkan aku merasainya dari sini.. mungkin juga kenalan dari masa kami bersama y bertanya khabarku baru2 ini membangkitkan memori kami.

******

To those out there, my heart was blown to pieces, scattered, carried by the wind. I’m looking forward for someone who’s willing to pick up every pieces, mend them and care for them, making me whole again. The scar will be there, but my heart will be complete. The memories, how ever, remains………!

Thursday, May 7, 2009

Mother's Day


10 Mei 2009 Ahad nanti
sambutan Hari Ibu

ini bouquet dr SIL buat Mak
yang di berikan masa holiday minggu lepas
buat semua blogger y merangkap ibu
Selamat hari Ibu
semoga kalian dianugerahkan dengan anak² y soleh n solehah
******
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
(tapi aku tak tau apa makanan kegemaran mak.. sedihkan???)
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
(insyaAllah.. tp setakat ni mak mmg akan kenal pilihan aku, kalau mak kata lulus, then aku senang ati.. cam dulu, awal² mak kasik syarat.. tp dah mg bukan jodoh kami)
*********
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
*************
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu"
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
notakaki: kasih & pengorbanan ayah juga kami sanjungi

Tuesday, May 5, 2009

Tetiba part 2

tetiba jer
dalam banyak kerja
maklum, hujung minggu lepas aku cuti ngan famili

teringin nk mkn ABC Fradoo y meriah diperkatakan sekarang ni dikalangan teman blogger
n
nak tengok X-Men
jom! sapa nak ikut????
n
nk makan tiramisu y SIL buat..
smlm lupa nk mkn!

**********
n pasal aku baca ada orang tu cuti 3 bulan, n nak ajak korang dating,
apa kata kita dating secara jemaah di Stadium MSN 30&31 May 2009
last year aku dah join Relay For Life 2008
nice!
ini rujukan 1, rujukan 2, rujukan 3
nnti aku update lagi
maklumat penuh & pendaftaran rujuk cnie

Monday, May 4, 2009

Three Sisters - Fire


To lovers,
Old and new

O love! O fire! Once he drew
With one long kiss my whole soul through
My lips; as sunlight drinketh dew.
~alfred, lord tennyson~

Sunday, May 3, 2009

Salam Ulangtahun Mak!

Hari Ulangtahun Kelahiran Mak yang ke -62Pn Hjh. Fatimah Binti Talib ~bonda kesayangan kami
Semoga mak sentiasa di rahmati Allah
Semoga kami sentiasa menggembirakan hidup mak

mak n farah n adeq a.k.a sis4... farah tgh komplen busuk!

Semoga kasihatan mak sentiasa terpelihara - blh kami slalu jalan² ngan mak
Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki
masa kami jalan² di Putrajaya..

Semoga aku menjadi anak y solehah dan sentiasa membahagiakan hidup mak


auwww.. menawan ngan bedak sejuk y farah tempek!

ppppssssttttt:
kami sekeluarga tengah bercuti! meraikan 5 dalam 1

Saturday, May 2, 2009

Three Sister - Earth

To all my sisters,
Not of blood but of the heart
There’s the magic

Swift as a shadow, short as any dreams;
Brief as a lightning in the collied night
That in a spleen unfolds both heaven and earth,
And ere a man hath power to say, ‘Behold!’
The jaws of darkness do devour it up:
So quick bright things come to confusion.
~william shakespeare~

Friday, May 1, 2009

Three Sisters - Air

To the Broads, the Brats, the Brawn, and the Babes;
For the fun and the friendships

It is sweet to dance to violins
When the Love and Life are Fair,
To dance to flutes, to dance to lutes
Is delicate and rare,
But it is not sweet with nimble feet
To dance upon the air!
~oscar wilde~

Followers